Friday, 15 February 2013

Tahap kemampuan untuk melaksanakan Hudud


Kita tahu setakat mana tahap pemahaman Islam dikalangan orang-orang Islam di Malaysia semenjak merdeka dan tahun-tahun selepasnya. Rata-rata ummat Islam jauh dari amalan agama, dan kita baru merdeka dari dijajah oleh orang-orang kafir selama ratusan tahun lamanya. Hudud ada didalam kitab-kitab feqh namun tidak dapat dilihat secara praktis dan kurang difahami oleh masyarakat Islam pada masa itu. Bahkan dunia Islam pun kelam kerana ketiadaan khilafah sejak 1924, dan banyak negara Islam/Arab sendiri berteraskan ideologi sekular seperti Turki, Mesir, dan lain-lain. Namun kegiatan islah dan dakwah dikalangan ummat Islam telah bergerak dengan baik, Alhamdulillah, dan secara perlahan-lahan tahap kefahaman dan amalan Islam semakin meningkat dikalangan ummat. Kita lebih cenderung kepada kaedah evolusi seperti ini, kerana ia menghampiri dengan apa yang berlaku sepanjang dakwah Nabi di Mekah dan Madinah. Qur’an turun secara beransur-ansur dan syariat juga diterap didalam amalan ummat secara berperingkat, mengikut kemampuan dan kesediaan para sahabat pada ketika itu.

Seperkara lagi, kita faham bahawa dunia hari ini dikuasai barat yang kafir dan membenci Islam. Kita dapat lihat bagaimana negara-negara Islam yang parti politik berteraskan Islam telah menang pilihanraya dan ingin melaksanakan undang-undang syari’ah, namun kemudiannya kerajaan mereka telah di sabotaj oleh barat sama ada secara subversif dalaman, atau melalui ketenteraan. Bukanlah bermakna kita takut atau cintakan kebendaan melebihi perintah Allah, namun kebijaksanaan didalam mengatur strategi bagi melaksanakan perintah Allah perlulah ada dan keadaan politik antarabangsa juga perlulah diperhatikan. Bukankah perintah Allah juga untuk kita menguatkan pertahanan dan persenjataan, tentulah termasuk didalamnya kekuatan ekonomi, teknologi dan ilmu. Dan inilah yang sedang diusahakan oleh kerajaan UMNO/BN yang memerintah sekarang.

"Dan persiapkanlah dengan segala apa yang yang kalian miliki dan dari pasukan berkuda yang dapat menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang yang selain mereka yang tidak kamu mengetahuinya, tetapi Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu infaqkan di jalan Allah niscaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dizalimi (dirugikan)". (Al Anfal : 60).


    

Benar apa yang dikatakan oleh YB Batu Rakit. Sedangkan rukun Islam yang utama seperti solat, puasa, zakat dan haji, pun ada kelonggaran dan keringanan (yang tersendiri) jika kita kurang mampu untuk mengerjakannya. Apatah lagi perlaksanaan hukum hudud yang memerlukan persiapan dan kesediaan yang sepenuhnya dari pelbagai sudut.

No comments:

Post a Comment