Friday, 15 February 2013

Hudud bukan Agenda Bersama Pakatan Rakyat

Sudah terang lagi bersuluh! PAS sendiri mengaku tidak menjadikan hudud dan negara Islam sebagai agenda utama didalam dasar Pakatan Rakyat.

Mengapa?

Seperti yang diterangkan oleh Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustapha Ali, perlaksanaan hudud perlu mengambil kira prasyarat yang ditetapkan. Jika prasyat ini tidak dipenuhi, maka tidak sah mana-mana individu dikenakan hukuman. Diantara prasyarat ialah gaji minimum dan mengambil kira taraf ekonomi individu yang melakukan kesalahan. Perlaksanaan perlu ada 'economic justice' (keadilan ekonomi). Jika mislanya orang miskin didapati mencuri, maka hudud tidak dilaksanakan (ke atas orang tersebut).

Jika hudud tetap dilaksanakan tanpa berpegang kepada prinsip keadilan, maka pemerintah perlu dipersalahkan.


 

Ini bermakna, pendirian PAS sekarang ini mengenai isu hudud adalah sama dan tidak ada bezanya dengan UMNO. Kedua-duanya mempunyai pandangan yang sama mengenai keterbatasan kemampuan ummat Islam di Malaysia pada masa ini untuk melaksanakan perintah hudud.

Akhirnya, setelah sekian lama menuduh UMNO enggan melaksanakan hudud, PAS juga akur dan tidak menjadikan hudud sebagai agenda mereka didalam PR. Namun masalahnya, mengapa masih ada ahli-ahli dan penyokong PAS yang berterusan menyerang dan mencela UMNO sebagai kurang Islam atau tidak Islam kerana tidak melaksanakan hudud? Tidakkah mereka ini menyedari bahawa parti PAS mereka sendiri sudah tidak menjadikan perlaksanaan undang-undang Allah ini sebagai agenda mereka? Jika dikatakan akan melaksanakan hudud setelah memperoleh Putrajaya, maka bukankah sudah menyalahi buku jingga yang dipersetujui bersama dengan PKR dan DAP?

Antara prasyarat perlaksanaan hudud yang dikatakan ialah kepentingan keadilan ekonomi. Bukankah ini sebahagian dari usaha dan gerak kerja UMNO/BN untuk memantap dan mengukuhkan ekonomi negara, khususnya ekonomi orang-orang Islam sendiri melalui pelbagai cara seperti DEB, MARA dan lain-lain? Maknanya UMNO sedang menyiapkan negara kita ini ke arah memenuhi prasyarat perlaksanaan hudud.

Dato' Mustapha juga menyalahkan MCA kerana menentang perlaksanaan hudud. Kita sedia maklum perkara ini kerana orang-orang bukan Islam tentunya masih belum memahami falsafah dan hikmah undang-undang Allah. Sebenarnya tentangan yang sama juga dibuat oleh DAP, sekutu PAS. 




Dapat dikatakan bahawa kedua-dua UMNO dan PAS menyedari bahawa hudud masih belum dapat dilaksanakan di Malaysia. Dan parti-parti bukan Islam dari kedua-dua belah pihak seperti MCA dan DAP, sama-sama menolak perlaksanaan hudud. Perbezaan dalam isu ini ialah, UMNO tidak mempolitikkan isu hudud, sebaliknya berusaha dengan giat untuk menguatkan ekonomi ummat Islam bagi memenuhi prasyarat perlaksanaan hudud, dan sedkiti demi sedikit memperbaiki sistem perundangan Syariah yang sedia ada di negara ini agar menghampiri ke arah kesempurnaan perlaksanaan undang-undang Allah. Sebaliknya PAS menjadikan hudud sebagai isu politik bagi menuduh UMNO sebagai parti yang menolak hukum Allah, sedangkan mereka sendiri akhirnya tunduk dengan agenda PR sehingga sanggup mengkemudiankan prinsip perjuangan mereka sendiri dengan menggugurkan hudud didalam agenda bersama itu.

Bahkan, di negeri-negeri yang dikuasai PR seperti Selangor dan Kedah, hudud juga tidak dilaksanakan.




Petikan kata-kata pemimpin PAS dan UMNO berkenaan hukum hudud:
http://raja-jawa.blogspot.co.uk/2011/10/kerajaan-pas-kedah-tidak-akan.html


Kesimpulannya, isu hudud yang dijadikan sebab UMNO diburuk-burukkan kerana dituduh tidak mahu melaksanakannya, hendaklah dihentikan serta-merta oleh semua pihak, terutama pihak PAS. Janganlah lagi menuduh saudara kita seIslam dengan tuduhan yang tidak benar semata-mata atas kepentingan politik.


No comments:

Post a Comment