Sunday 14 April 2013

ASAL USUL BANGSA MELAYU

ASAL USUL BANGSA MELAYU..

SEJARAH YANG CUBA DIPADAM OLEH PENJAJAH...!!!

SYEIKH ABDULLAH AL-QUMAIRI
(Perbandingan antara Khalifah (Ayahda) Yang Haq dan Yang Bathil)

Tuan Guru Haji Mahmud Nasri Osmani telah menceritakan kepada murid-muridnya bahawa Syeikh Abdullah bin Tuan Syeikh Ahmad bin Tuan Syeikh Ja’far Qumairy (atau Syeikh (Sayyid) Abdullah Al-Qumairy atau Syekh Abdullah Al-Yamani) berasal dari Syahir, Yaman. Beliau adalah Ahlul Bait dari keturunan Rasulullah S.A.W. yang juga merupakan murid kanan Ulama Terkenal Sultan Aulia Sayyidi Syeikh Maulana Maududin Ariffin Qutb Rabbani Muhyiddin Abdul Qadir Jilani Qadasallah Sirruh.

Pada suatu hari, Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah menerima arahan dari Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani untuk berangkat ke Negeri Kalaha (Kedah) dalam Wilayah Asia Tenggara - Dinasti Nusantara bersama-sama 11 orang rakan-rakannya.
- Ketika itu terdapat 6 orang utusan lain (murid-murid Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani yang terkenal) telah dihantar ke lokasi-lokasi yang berbeza iaitu
i) Syeikh Abu Hassan Syazili ke Mesir, Perancis hingga ke Itali,
ii) Syeikh Ahmad Badawi ke Sudan, Morocco hingga ke Afrika,
iii)Syeikh Abi Madyan Al-Maghribi ke Afrika Barat,
iv) Syeikh Ahmad Khabir Ar-Rifai ke Syria, Turki dan Balkan,
v) Syeikh Muhammad Ali Ridha ke Parsi
vi) Syeikh Sahabuddin Al-Syahid ke India, Afghanistan dan Nepal

Tuan Guru Haji Mahmud Nasri juga telah mengisahkan bagaimana Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah menggunakan jalan karamah di mana dia berjalan sekelip mata (lipat bumi) dari Baghdad ke Kedah dengan izin Allah SWT bersama-sama 11 orang rakannya) Syeikh Abdullah tiba di Negeri Kalaha pada tahun 531 Hijrah (1136 Masehi) dan telah mengadap Maharaja Durbar II Raja Phra Ong Mahawanser, Raja Kalaha yang ke-9 di Istana Bukit Meriam. Ketika itu istana sedang mengadakan satu majlis keramaian yang mempamerkan pertunjukan seni mempertahankan diri yang berpaksikan pemujaan dewata, sihir, istidraj dan lain-lain.
Semasa zaman Al-Muqtafi menjadi Khalifah di Baghdad.
Syeikh Abdullah Al-Qumairy dan rakan-rakannya telah mempamerkan satu kehebatan seni mempertahankan diri (silat) sehingga semua hulubalang-hulubalang Raja Phra Ong terpaksa mengaku kalah dan akur dengan kehebatan Syeikh Abdullah.
Baginda amat kagum dengan kehebatan yang ditonjolkan oleh Syeikh Abdullah Al-Qumairy dan rakan-rakannya serta ingin mengetahui secara lanjut mengenai rahsia kekuatan ini. Setelah mendengar penerangan Syeikh Abdullah, akhirnya baginda sangat terpegun dan terus memeluk Islam dengan mengucap dua kalimah syahadah 3X di tangan Syeikh Abdullah Al-Qumairy diikuti semua para pembesar dan pegawai-pegawai Istana.

Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah memasyhurkan gelaran dan nama baru kepada Raja Phra Ong Maha Wanser iaitu Sultan Muzaffar Shah 1.

Tidak lama kemudian seluruh rakyat Kedah juga telah memeluk agama Islam. Pengislaman secara massal ini berlaku dalam tempoh yang begitu cepat dengan berkat usaha yang jujur dan ikhlas seorang Waliyullah iaitu Syeikh Abdullah Al-Qumairy.

Rakyat Kedah juga terdiri daripada pelbagai kelompok yang berasal daripada Arab, Iran, India, Parsi, Al-Sin (China) dan lain-lain yang mana mereka kebanyakannya telah lama memeluk Islam di negara asal masing-masing. Mereka juga terkenal dengan kemahiran berdagang. Umat Islam dari China juga rata-rata memakai nama pangkal ‘Pu’ iaitu 'Abu' – Saudagar-saudagar Islam dari Arab, Iran dan lain-lain berkumpul pelabuhan Kanton (Guangzhou).

Sayyidina Uthman bin Affan r.a. pernah menghantar Saad Abi Waqqas bersama-sama 15 orang ahli rombongan untuk mengembangkan dakwah di Negeri China. Rekod di Negeri China pada tahun 651 menunjukkan bahawa mereka telah menerima utusan dari Han Mimo Moni (Amirul Mukminin) dan dalam kurun Masihi ke 7, Raja China Tai Ti Sung telah memeluk Islam.
Sekitar 877 Masihi, saudagar-saudagar Arab dan Iran di Canton telah diserang dan dibunuh beramai-ramai oleh sekumpulan pemberontak anti kerajaan China.
Inilah penyebabkan sebahagian dari mereka menjadi pelarian dan tiba di Kalaha.
Kebanyakan dari mereka ini telah memutuskan untuk terus tinggal bersama-sama umat Islam di Kedah dan menjadi satu warga atau bangsa yang baru di negeri Islam di bawah bimbingan (Ulama) Syeikh Abdullah Al-Qumairy dan payung pemerintahan (Umara) Sultan Muzaffar Syah 1 (Gandingan Kepimpinan Ulama-Umara)

Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah menamakan gagasan bangsa yang baru sebagai
AL-MALA-U bersempena satu kalimah Arab yang bermaksud ‘(berkembang-biak) memenuhi ruang’ kerana cepatnya berkembang pengaruh agama Islam di Kalaha. Lama-kelamaan, pengaruh dialek dan sebutan berbilang bangsa ini telah menerbitkan perkataan “MELAYU” seperti yang dikenali hari ini.

'Al-Mala-u' disebut di banyak tempat dalam Al-Qur'anul Karim dan juga Hadis. Mengikut Kamus Bahasa Arab- Al-Mala-u bererti :

a) Budi pekerti yang tinggi (husnulkhuluqa (akhlak yang mulia) yakni makna kepada agama sebagaimana satu Sabda Rasulullah S.A.W.)
b) Pemimpin
c) Cahaya (Iman dan Taat) yang memenuhi ruang dan masa

>>>Gelaran ini diberikan bagi mengesahkan bahawa warga ini adalah :

a) Ahli (warga yang menerima Talkin kalimah Taqwa dan Tarbiah)

b) Jawi (penulisan bangsa Arab asal iaitu Jawi Qadim (Asia Barat) – manakala Bangsa Melayu asal pula menggunakan Jawi Jadid (Asia Tenggara) yang menambahkan titik pada beberapa huruf)

c) Melayu (yang berkembang-biak memenuhi ruang)

d) Asal (yang asli atau yang yang tulin menerima agama Islam dari Seruan Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W.)

e) Bangsa (rasmi) kebangsaan (Warga Angin Bawah Bayu Merdeka)

f) Pegang Teguh Agama Islam – berpaut kukuh kepada agama Samawi.

( AHLI JAWI MELAYU - ASAL BANGSA KEBANGSAAN PEGANG TEGUH AGAMA ISLAM –

Sekira-kiranya pewaris asabah kepada satu bangsa beragama) (menyamai dengan zaman kegemilangan Islam lampau) atau ringkasnya
'Pemimpin Yang Berbudi Pekerti Mulia' dan 'Nurnya Meliputi Alam (Khalifah)'.

Kemudian Sultan Muzaffar 1 memperkenalkan kepada mata dunia bahawa ISLAM ITU MELAYU dan MELAYU ITU ISLAM.)

Selain itu Baginda Sultan Muzaffar telah bertaubat nasuha bersama-sama semua pembesar Istana dan para hulubalangnya termasuk seluruh rakyat jelata Kalaha di bawah bimbingan Syeikh Abdullah Al-Qumairy.

Akhirnya Negeri Kalaha juga telah ditukar oleh Syeikh Abdullah Al-Qumairy kepada nama Kedah Darul Aman iaitu sebuah negeri yang aman dan merdeka dari segala bentuk kesyirikan, kekufuran dan keengkaran.
Penamaan ini juga bersempena “Baldatun Thayyibah Wa Rabbun Ghafur”
yang dipetik dari Firman Allah S.W.T. dalam Surah Saba: Ayat 15 yang bermaksud “Negeri yang baik (indah lagi makmur) dan Tuhan Maha Pengampun” (ke atas taubat hambaNya)

Sultan Muzaffar Syah 1 sangat mengasihi Syeikh Abdullah Al-Qumairy sehingga baginda telah melantik Syeikh Abdullah Al-Qumairy sebagai Guru dan Penasihat agama Islam baginda, kaum kerabat diraja dan juga seluruh Istana. Sultan Muzaffar Syah 1 juga telah mengangkat Syeikh Abdullah Al-Qumairy sebagai ayahanda angkat baginda.

Syeikh Abdullah Al-Qumairy juga telah menyarankan agar candi di puncak Gunung Jerai dimusnahkan dan diganti dengan sebuah menara untuk dijadikan tempat azan bagi menyeru umat Islam Kedah untuk bersolat. Sultan Muzaffar Syah 1 telah menitahkan agar permintaan Syeikh Abdullah Al-Qumairy dilaksanakan.

Setelah binaan menara tersebut hampir siap, Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah jatuh gering dan ditakdirkan wafat beberapa hari selepas itu. Sebelum kewafatannya, Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah mewasiatkan agar jenazahnya dikebumikan di kawasan lapang berdekatan dengan binaan menara berkenaan. Kawasan itu dikenali kini sebagai Padang Tok Sheikh.

Mengikut Tuan Guru Haji Mahmud lagi, Guru Syeikh Abdullah iaitu
Sayyidi Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani (wafat pada 561 Hijrah/1166 Masehi) pernah tiba beberapa kali di Gunung Jerai untuk menziarahi maqam muridnya,
Syeikh Abdullah Al-Qumairy serta pernah bersolat di kawasan tanah lapang berkenaan di samping melantik Sultan Muzaffar Shah 1 sebagai pengganti kepada Syeikh Abdullah Al-Qumairy.

Sultan Aulia Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani telah mengesahkan pemakaian gelaran 'Sultan' ke atas Sultan Muzaffar Shah 1 yang membawa maksud 'Amirul Mukminin' (Pemimpin Orang-Orang Beriman) dan gelaran 'Shah' yang mirip maksudnya dengan 'Sayyid' - manusia terpilih yang diyakini pembela agama yang mempunyai akhlak yang tinggi.

Kisah ini disahkan oleh DYMM Sultan Badlishah, Raja Negeri Kedah Darul Aman yang ke 26, pernah memberitahu Syeikh Mahmud Nasri Osmani bahawa baginda pernah mendengar cerita ayahandanya DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah
(Raja Kedah 25) bahawa Sultan Muzaffar Shah 1 adalah :

"Raja Pemerintahan Negeri Kedah Tua, Pendiri Kekuatan Kuasa Pemerintahan Membentuk Wilayah Gugusan Selat Kepulauan Melayu terletak di antara India dan China disebut sebagai 'Alam Melayu'."

Baginda Sultan Muzaffar Shah 1 telah disahkan untuk memakai gelaran "Sultan" daripada Sultan Aulia Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani sekaligus meletakkan Sultan Muzaffar Shah 1 sebagai Sultan Pertama di Alam Melayu.

( - Syeikh Mahmud Nasri Osmani telah diminta oleh Tuan Guru Syeikh Yahya Toha, Kg. Pisang, Kupang (yang dititahkan oleh DYMM Sultan Badlishah) untuk mengetuai operasi menyelamatkan DO Baling dan Residennya - Syed Abu Bakar dan Tuan Adam yang ditangkap oleh Komunis (semasa pemerintahan Jepun hampir berakhir) bagi memaksa DYMM Sultan Badlishah menyerah diri) Syeikh Mahmud Nasri dibantu oleh Tuan Haji Ahmad Bok Bak dan Tuan Haji Daud Bongor. Mereka telah pergi tanpa menggunakan sebarang senjata. Dengan Izin Allah, komunis yang diketuai oleh Chin Peng menjadi seperti terpukau dan melihat sahaja Syeikh Mahmud dan rakan-rakannya melarikan Syed Abu Bakar/Tuan Adam sehingga jarak 30 meter. Komunis tiba-tiba menembak pasukan penyelamat tetapi sekali lagi dengan izin Allah SWT, tidak ada satu pun peluru yang mengena mereka)

ZAMAN KEJATUHAN

Kemakmuran Melayu Islam termasuk Zaman Kesultanan Melaka, Perlak Pasai, Deli dan seluruh Nusantara yang dikecapi akhirnya musnah disebabkan percakaran sesama sendiri yang juga telah memudahkan lagi serangan serta penjajahan Belanda, Portugis dan Inggeris ke atas Nusantara. Dipercayai kerajaan Islam terakhir yang dimusnahkan oleh Siam dengan pertolongan Inggeris ialah Kerajaan Islam Reman/Pattani sekitar tahun 1785 setelah berlaku peperangan jihad fii-sabilillah yang sangat hebat.

Penjajah akhirnya memusnahkan dan merungkai-rungkaikan akar umbi kekuatan Melayu Islam dengan memisahkan maksud bangsa dan agamanya dan menggantikannya dengan faham sekular. Akibatnya, tercetuslah pelbagai pertengkaran dan perselisihan faham dalam agama, bangsa dan siasah yang menjadikan umat manusia rata-rata :

a) cintakan dunia dan takutkan mati (Al-Wahan),

b) berbangga dengan maksiat dan budaya kuning,,

c) berfahaman ajaran sesat,

d) salah faham terhadap agama,

e) pergaduhan antara kaum dan agama,

f) pengaruh isme yang membahayakan,

g) kepercayaan karut lagi harut marut, bidaah, syirik dsb.

h) menjadi mudah gugur imannya dan lain-lain

Penjajah juga telah menanam kefahaman anti Islam sehingga berjaya merosakkan kemurnian Islam di Indonesia dengan terbunuhnya sekumpulan Ahlul Bayt dan Ulama Warisatul Anbia sekitar tahun 1940-an

Selain itu, penjajah dipercayai telah banyak melarikan kitab-kitab agama termasuk sejarah Nusantara selepas zaman penjajahan kerana dipercayai akan memberikan kekuatan kepada bangsa Melayu Islam untuk bangkit kembali. Yang ada pada kita sebenarnya banyak sejarah yang telah diubahsuai dan dipinda untuk mengelirukan kita.

Kini penjajah sudah mempunyai nama baru kepada kumpulan mereka iaitu 'Zionis' dan kuncu-kuncunya (tidak kira nama mereka samada Illuminati, Freemason, Priory, Opus Dei, Bilderberg, Black Nobility dsb dan dalam bentuk apa pun ianya muncul).

~~~MEREKA SANGAT TAKUT KEPADA KEWUJUDAN IMAM AL-MAHADI~~~

Mereka sebenarnya sangat takut kepada kewujudan Imam Al-Mahdi, Pemimpin Islam dari kalangan Ahlul Bayt dan Ulama Warisatul Anbia yang akan memusnahkan mereka.

Peperangan memusnahkan Islam telah bermula dengan terbunuhnya ahlul bayt keturunan Rasulullah SAW dan akan terus berlarutan sehingga kini (Krisis Timur Tengah yang tidak kehabisan) sehinggalah kemuncak - timbulnya kumpulan Yahudi Isfahan di akhir zaman yang dipimpin oleh Al Masihi Dajjal Laknatullah bagi memerangi Imam Al-Mahdi.

TANDA2 KINI BARAT MELABELKAN ISLAM SEBAGAI PENGGANAS (TERRORIST)

Antara tanda-tanda yang ada dahulu ialah apabila penjajah melabelkan pahlawan Melayu Islam (Tok Janggut, Mat Kilau, Datuk Bahaman dll) sebagai Pemberontak (rebel) dan tanda-tanda yang ada kini ialah apabila Barat melabelkan Islam sebagai Pengganas (terrorist) – Dua panggilan yang berbeza tetapi membawa satu maksud yang sama. Rata-rata di Internet didapati kumpulan Zionist telah mula melabelkan Imam Al-Mahdi sebagai ‘Terrorist Islam’ terbesar dunia.

Pelbagai cara kini dilakukan (termasuk menggunakan teknologi) untuk merosakkan minda dan aqidah orang-orang Islam secara halus

KESINAMBUNGAN
Selepas era Tok Kenali, perjuangan memertabatkan "Melayu Islam" dipelopori pula oleh muridnya Tuan Guru Haji Mahmud Nasri Othmani dan tokoh-tokoh ulama berikut :

1) Tuan Guru Syeikh Umar Zuhdi Soleh - Madrasah Misbah Al-Falah, Banggol Berangan,
2) Tuan Guru Syeikh Othman Yunusi - Madrasah An-Nadhoh, Bukit Besar,
3) Tuan Guru Syeikh Abdul Aziz Ibrahim - Madrasah Al-Islah, Pendang, dan
4) Tuan Guru Syeikh Ramli Senik - Pondok Batu Hampar, Pendang

(Selain itu, tokoh politik Dato' Onn bin Jaafar juga turut berjuang menerusi PEKEMBER)

Resolusi telah tercapai semasa muqabalah tokoh-tokoh Ulama ini antara lain untuk menyeru umat Islam Melayu segera kembali tajdid mewarisi semula segala ilmu dan amalan hidup/kehidupan yang diwarisi dari Rasulullah S.A.W. (bersanad yang sah) menerusi "TALQIN DUA KALIMAH SYAHADAH" bagi membersihkan jiwa raga dari segala bentuk kekufuran, kesyirikan dan keengkaran yang telah lama merosakkan AQIDAH umat Islam Melayu hasil peninggalan penjajahan.

WASSALAM
والله اعلم بالصواب


[dipetik dari https://www.facebook.com/ihisham.hakim]

Saturday 16 March 2013

Adakah Ulama' Hanya Ada Didalam PAS?


Mungkin sudah sampai masanya untuk kita dengan benar-benar ikhlas bermuhasabah dan menilai kembali pendapat kita selama ini. Kita perlu bertanya kepada diri sendiri dengan hati yang tulus dan murni, beberapa soalan yang sangat kritikal untuk dijawab oleh hati sanubari kita sendiri.

Siapah alim ulama' yang sebenar?

Adakah semua alim ulama' yang sebenar mesti terlibat dengan politik?

Adakah semua alim ulama' yang sebenar yang terlibat dengan politik, mesti bersama-sama dengan parti yang dikatakan memperjuangkan Islam?

Adakah semua alim ulama' yang sebenar yang terlibat dengan politik, mengatakan bahawa parti pejuang dan pembela Islam yang sebenar ialah Parti Islam SeMalaysia, dan semua mereka mengatakan bahawa parti lain selain PAS tidak memperjuangkan Islam?

Berbalik dari persoalan diatas, timbul persoalan lain..

Adakah alim' ulama' yang tidak berpolitik, bukan alim ulama' yang sebenar yang menyebabkan tidak layak untuk diikuti pandangan mereka?

Adakah alim ulama' yang berpolitik tetapi memperjuangkan Islam didalam parti yang bukan parti PAS, maka mereka bukanlah alim ulama' yang sebenar maka tidak layak untuk diikuti pandangan mereka?

Adakah benar semua alim ulama' yang menyertai parti selain PAS, atau yang tidak menyertai mana-mana parti tetapi bersetuju dan menyokong parti selain PAS, maka mereka bukanlah alim ulama' yang sebenar?

Adakah benar alim ulama' yang bersama-sama dengan UMNO, maka bermakna mereka menyokong 'kezaliman' yang dikatakan dibuat oleh UMNO? Maka kedudukan mereka sebagai alim ulama' boleh dipertikaikan?

Adakah benar jika dikatakan semua alim ulama' yang berada didalam kerajaan, dari ustaz ustazah yang mengajar tadika Islam, sehinggalah kepada alim ulama' yang berada didalam Majlis Fatwa Negeri dan Kebangsaan, yang tidak bersama-sama dengan parti PAS, sebagai alim ulama' yang menyokong 'kezaliman' UMNO, lantas kedudukan mereka boleh dipertikaikan dan ilmu mereka boleh ditolak?

Adakah benar fahaman politik Islam kita jika begini kefahaman kita terhadap alim ulama'?

Moga Allah bagi kita taufik untuk memikirkan jawapan sebenar bagi persoalan-persoalan diatas.

Pemimpin Kaum Muslimin Yang Berjaya Pada Zamannya







Thursday 14 March 2013

Tun Mahathir Jawab Nik Aziz














Pemahaman Maqasid Syariah Ke Arah Menjana Perpaduan Ummah


Ustaz Mohd Affendi Othman- Keindahan syariat Islam terbentuk atas dua teras strategi utama iaitu untuk mendatangkan sebanyak mungkin manfaat dan menghindarkan segala bentuk kemudaratan. Mencari manfaat dan menjauhi mudarat ini adalah matlamat utama dalam fitrah pemikiran manusia demi menjaga kepentingan diri dan mencapai kesejahteraan hidup. Namun begitu, Islam telah menetapkan setiap sesuatu mesti mempunyai batasnya yang tertakluk pada perintah dan larangan Allah S.W.T. Oleh itu, usaha mencari manfaat dan menjauhi mudarat ini perlu selari dengan ketetapan nas dan objektif syarak. Bukan hanya penilaian sembrono semata-mata.

Secara umumnya, maqasid syariah atau objektif syarak ialah lima prinsip asas Islam dan tumpuan hukum syarak yang meliputi menjaga dan memelihara agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Susunan maqasid tersebut perlu mengikut tertib keutamaan bermula dengan menjaga dan memelihara agama serta seterusnya. Imam al-Syatibi dan Imam al-Ghazali telah bersepakat terhadap lima objektif syarak ini. Ia amat mustahak dan perlu diambil kira dalam ijtihad hukum, penyelesaian masalah dan pembuatan keputusan. Pematuhan pada maqasid syariah ini amat penting bagi memastikan segala keperluan, kehendak dan aspirasi kehidupan manusia dapat dipelihara selaras kehendak syarak.

Isu perpaduan umat Islam khususnya di Malaysia perlu diberikan perhatian. Lebih-lebih lagi majoriti dari kalangan umat Islam ini adalah berbangsa Melayu. Dari satu perspektif, perkembangan terkini memaparkan kepada kita bangsa Melayu berpecah dalam tiga dimensi utama iaitu perbezaan fanatik pandangan dan fahaman politik, larut dalam budaya hedonisme dan perkara yang tidak berfaedah serta tidak ambil kisah dengan apa yang berlaku. Pemisahan kepada tiga kategori ini perlu dipandang serius kerana ia boleh membawa impak yang lebih besar iaitu perpecahan umat Islam.

Umat Melayu yang mewakili majoriti umat Islam di Malaysia perlu bertanggung jawab sebagai kustodian terhadap perpaduan umat Islam di Malaysia. Tugas pemerkasaan syiar Islam dan pemeliharaan kemurniannya dari diperlekeh oleh insan-insan yang jahil terletak di bahu setiap muslim yang menghuni tanah air ini. Kelak, kita akan dipersoal oleh Allah tentang sejauh mana usaha yang telah digembleng untuk memartabatkan agamaNya dan banyak mana butiran ayat yang telah disampaikan untuk memperluaskan dakwah kepadaNya. Abaikan persoalan mampu atau tidak dan juga persoalan adakah hasilnya akan berjaya. Itu semua halangan minda. Sejarah Islam telah membuktikan ia bukan satu halangan yang besar sekiranya meletakkan Allah sebagai matlamat utama.

Dalam merungkaikan persoalan maqasid syariah ini, Imam al-Syatibi telah menegaskan bahawa tanggung jawab kita sebagai individu Muslim bukan setakat skop diri kita sendiri dalam turutan keutamaan menjaga dan memelihara agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Malah ia merentasi tugasan menjaga kepentingan tersebut di peringkat masyarakat dan umat Islam seluruhnya bahkan memelihara hak manusia merentasi aqidah dan pemikiran agama. Jadi, dalam konteks menjaga kepentingan yang menjadi objektif syarak ini di peringkat individu muslim mahupun dalam lingkungan umat Islam maka tidak dapat tidak perpaduan umat Islam menjadi satu faktor yang daruriy atau penting yang perlu disegerakan. Perpecahan umat Melayu dalam tiga dimensi yang telah disebutkan di atas ditakuti menjadi wabak yang mengganggu pencapaian maqasid syariah. Justeru, usaha menggembleng perpaduan umat ini perlu diangkat sebagai satu perjuangan bagi memastikan maqasid syariah ini diaplikasikan dalam realiti kehidupan secara bentuk yang sebenar. Usaha ini sekaligus mencetus riak baru ke arah menggilap martabat murni umat Islam di Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.

Bagaimana untuk mencetus usaha dan harapan ke arah perpaduan umat Islam di Malaysia dari sudut pandang maqasid syariah? Apakah inisiatif yang kita boleh lakukan dalam jangka masa terdekat? Asasnya mesti dimulai dengan memahami bahawa Islam di datangkan oleh Allah S.W.T. bertujuan untuk menjamin kebaikan dan menghindar kemudaratan kepada semua manusia. Seterusnya kita semak, lihat, cerna dan gerakkan usaha berdasarkan turutan keutamaan maqasid syariah seperti ulasan ringkas di bawah ini.

Pertama : Menjaga dan memelihara agama. Usaha untuk menggerakkan kesedaran beragama di kalangan umat Melayu perlu diperkemaskan. Ciri-ciri untuk menjadi insan kelas pertama sememangnya telah disemai dalam rukun Islam dan ajarannya. Setiap individu perlu muhasabah diri dan menasihati kelompok dalam lingkungan pengaruh dan lingkungan perhatiannya tentang kesedaran beragama. Apabila setiap individu sedar kepentingan beragama, maka usaha membentuk perpaduan menjadi lebih mudah kerana ia selari dengan tuntutan dan saranan Allah S.W.T. dalam surah A-li’Imraan 3 ayat 103 supaya berpegang teguh pada ‘taliNya’.

Kedua : Menjaga dan memelihara jiwa. Gerakan menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran perlu diperhebatkan khususnya dalam kelompok umat Melayu. Mekanisme ini perlu memfokuskan pada dimensi jatidiri manusia secara holistik iaitu meliputi dimensi rohani, akal, emosi dan jasmani. Dalam masa yang sama, unsur-unsur kemudaratan perlu dicegah dari menjangkiti umat dari semua jenis dan sudut. Contoh usaha yang boleh dilakukan ialah memperbanyakkan inisiatif kesedaran ke arah perpaduan dan menjauhi faktor yang boleh memburukkan lagi perpecahan dari entiti dominan yang ada. Kemahiran interaksi profesional bersifat Islami perlu dimantapkan dalam jiwa pendakwah dan penggerak NGO yang mempelopori perpaduan. Dengan cara ini, jiwa umat Melayu khususnya akan lunak untuk mendekati perpaduan.

Ketiga : Menjaga dan memelihara akal. Pemerkasaan usaha untuk membina kefahaman secara informasi dan ilmiah ke arah perpaduan mesti digiatkan lagi oleh semua pihak. Penggunaan pelbagai saluran media perlu dimanfaatkan sebaik mungkin termasuk meneroka saluran media kreatif. Pembentukan fikrah penting walau ia mengambil masa yang lama untuk mencetus satu gelombang besar kerana fikrah umat akan menentukan masa depan yang akan dicorakkan. Disamping itu, usaha memurnikan mentaliti umat juga tidak boleh dipinggirkan. Umat Islam perlu diajak untuk menjauhi mentaliti jumud, zon selesa, pak turut, taasub, mempercayai sesuatu tanpa menilai kesahihannya, menyebarkan berita tidak benar, gelojoh, tidak boleh menerima teguran dan lain-lain unsur negatif yang merosakkan. Mentaliti umat perlu diarahkan untuk menyuburkan syiar Islam dan merapatkan ukhuwwah umat.

Keempat : Menjaga dan memelihara keturunan. Untuk mengukuhkan lagi perpaduan, umat Islam perlu pada penerapan akhlak mulia dan kawalan diri berlandaskan syariat Islam. Tindakan perlu diambil oleh setiap individu untuk menjaga dan memelihara institusi keluarga dan masyarakat. Langkah ini penting supaya setiap entiti umat tahu dan mengamalkan suruhan dan meninggalkan larangan agama agar perpaduan umat Islam subur dalam keadaan harmonis. Tugasan menjaga dan memelihara keturunan ini juga perlu dilihat dalam skop yang turut mencakupi hal akhlak hubungan sesama manusia. Elemen penyakit hati seperti hasad, fitnah, mencela, mengadu domba dan lain-lain lagi antara puak-puak tertentu perlu dihentikan kerana ia tidak mencerminkan ajaran Islam bahkan amat dilarang oleh Allah S.W.T.

Kelima : Menjaga dan memelihara harta. Islam menjamin pengagihan nikmat harta yang dikurniakan Allah kepada manusia. Ia perlu diurus secara adil dan telus bagi mengelak pertelingkahan. Faktor dana dan wang ringgit turut perlu diberi perhatian dalam menjana perpaduan umat. Usaha ke arah perpaduan sememangnya memerlukan sumber kewangan yang kukuh untuk membolehkan gerak kerja berjalan dengan lancar. Oleh itu, penajaan kewangan, infaq dan bantuan kemudahan perlu disegerakan kepada pelopor usaha perpaduan ini agar ia melestarikan usaha perpaduan umat yang lebih cemerlang.

Kesimpulannya, perpaduan umat Islam adalah tuntutan penting yang menepati maqasid syariah. Islam sebagai agama yang menjamin hak seluruh manusia dan membawa rahmat ke seluruh alam amat menekankan perpaduan di kalangan umatnya. Gerakan perpaduan umat Islam khususnya di kalangan umat Melayu perlu digerakkan secara bersungguh-sungguh demi menepati matlamat maqasid syariah yang pertama iaitu menjaga dan memelihara agama.

[dicopy paste dari http://pasberuk.blogspot.co.uk/2013/02/pemahaman-maqasid-syariah-ke-arah.html]