Saturday 16 March 2013

Adakah Ulama' Hanya Ada Didalam PAS?


Mungkin sudah sampai masanya untuk kita dengan benar-benar ikhlas bermuhasabah dan menilai kembali pendapat kita selama ini. Kita perlu bertanya kepada diri sendiri dengan hati yang tulus dan murni, beberapa soalan yang sangat kritikal untuk dijawab oleh hati sanubari kita sendiri.

Siapah alim ulama' yang sebenar?

Adakah semua alim ulama' yang sebenar mesti terlibat dengan politik?

Adakah semua alim ulama' yang sebenar yang terlibat dengan politik, mesti bersama-sama dengan parti yang dikatakan memperjuangkan Islam?

Adakah semua alim ulama' yang sebenar yang terlibat dengan politik, mengatakan bahawa parti pejuang dan pembela Islam yang sebenar ialah Parti Islam SeMalaysia, dan semua mereka mengatakan bahawa parti lain selain PAS tidak memperjuangkan Islam?

Berbalik dari persoalan diatas, timbul persoalan lain..

Adakah alim' ulama' yang tidak berpolitik, bukan alim ulama' yang sebenar yang menyebabkan tidak layak untuk diikuti pandangan mereka?

Adakah alim ulama' yang berpolitik tetapi memperjuangkan Islam didalam parti yang bukan parti PAS, maka mereka bukanlah alim ulama' yang sebenar maka tidak layak untuk diikuti pandangan mereka?

Adakah benar semua alim ulama' yang menyertai parti selain PAS, atau yang tidak menyertai mana-mana parti tetapi bersetuju dan menyokong parti selain PAS, maka mereka bukanlah alim ulama' yang sebenar?

Adakah benar alim ulama' yang bersama-sama dengan UMNO, maka bermakna mereka menyokong 'kezaliman' yang dikatakan dibuat oleh UMNO? Maka kedudukan mereka sebagai alim ulama' boleh dipertikaikan?

Adakah benar jika dikatakan semua alim ulama' yang berada didalam kerajaan, dari ustaz ustazah yang mengajar tadika Islam, sehinggalah kepada alim ulama' yang berada didalam Majlis Fatwa Negeri dan Kebangsaan, yang tidak bersama-sama dengan parti PAS, sebagai alim ulama' yang menyokong 'kezaliman' UMNO, lantas kedudukan mereka boleh dipertikaikan dan ilmu mereka boleh ditolak?

Adakah benar fahaman politik Islam kita jika begini kefahaman kita terhadap alim ulama'?

Moga Allah bagi kita taufik untuk memikirkan jawapan sebenar bagi persoalan-persoalan diatas.

Pemimpin Kaum Muslimin Yang Berjaya Pada Zamannya







Thursday 14 March 2013

Tun Mahathir Jawab Nik Aziz














Pemahaman Maqasid Syariah Ke Arah Menjana Perpaduan Ummah


Ustaz Mohd Affendi Othman- Keindahan syariat Islam terbentuk atas dua teras strategi utama iaitu untuk mendatangkan sebanyak mungkin manfaat dan menghindarkan segala bentuk kemudaratan. Mencari manfaat dan menjauhi mudarat ini adalah matlamat utama dalam fitrah pemikiran manusia demi menjaga kepentingan diri dan mencapai kesejahteraan hidup. Namun begitu, Islam telah menetapkan setiap sesuatu mesti mempunyai batasnya yang tertakluk pada perintah dan larangan Allah S.W.T. Oleh itu, usaha mencari manfaat dan menjauhi mudarat ini perlu selari dengan ketetapan nas dan objektif syarak. Bukan hanya penilaian sembrono semata-mata.

Secara umumnya, maqasid syariah atau objektif syarak ialah lima prinsip asas Islam dan tumpuan hukum syarak yang meliputi menjaga dan memelihara agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Susunan maqasid tersebut perlu mengikut tertib keutamaan bermula dengan menjaga dan memelihara agama serta seterusnya. Imam al-Syatibi dan Imam al-Ghazali telah bersepakat terhadap lima objektif syarak ini. Ia amat mustahak dan perlu diambil kira dalam ijtihad hukum, penyelesaian masalah dan pembuatan keputusan. Pematuhan pada maqasid syariah ini amat penting bagi memastikan segala keperluan, kehendak dan aspirasi kehidupan manusia dapat dipelihara selaras kehendak syarak.

Isu perpaduan umat Islam khususnya di Malaysia perlu diberikan perhatian. Lebih-lebih lagi majoriti dari kalangan umat Islam ini adalah berbangsa Melayu. Dari satu perspektif, perkembangan terkini memaparkan kepada kita bangsa Melayu berpecah dalam tiga dimensi utama iaitu perbezaan fanatik pandangan dan fahaman politik, larut dalam budaya hedonisme dan perkara yang tidak berfaedah serta tidak ambil kisah dengan apa yang berlaku. Pemisahan kepada tiga kategori ini perlu dipandang serius kerana ia boleh membawa impak yang lebih besar iaitu perpecahan umat Islam.

Umat Melayu yang mewakili majoriti umat Islam di Malaysia perlu bertanggung jawab sebagai kustodian terhadap perpaduan umat Islam di Malaysia. Tugas pemerkasaan syiar Islam dan pemeliharaan kemurniannya dari diperlekeh oleh insan-insan yang jahil terletak di bahu setiap muslim yang menghuni tanah air ini. Kelak, kita akan dipersoal oleh Allah tentang sejauh mana usaha yang telah digembleng untuk memartabatkan agamaNya dan banyak mana butiran ayat yang telah disampaikan untuk memperluaskan dakwah kepadaNya. Abaikan persoalan mampu atau tidak dan juga persoalan adakah hasilnya akan berjaya. Itu semua halangan minda. Sejarah Islam telah membuktikan ia bukan satu halangan yang besar sekiranya meletakkan Allah sebagai matlamat utama.

Dalam merungkaikan persoalan maqasid syariah ini, Imam al-Syatibi telah menegaskan bahawa tanggung jawab kita sebagai individu Muslim bukan setakat skop diri kita sendiri dalam turutan keutamaan menjaga dan memelihara agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Malah ia merentasi tugasan menjaga kepentingan tersebut di peringkat masyarakat dan umat Islam seluruhnya bahkan memelihara hak manusia merentasi aqidah dan pemikiran agama. Jadi, dalam konteks menjaga kepentingan yang menjadi objektif syarak ini di peringkat individu muslim mahupun dalam lingkungan umat Islam maka tidak dapat tidak perpaduan umat Islam menjadi satu faktor yang daruriy atau penting yang perlu disegerakan. Perpecahan umat Melayu dalam tiga dimensi yang telah disebutkan di atas ditakuti menjadi wabak yang mengganggu pencapaian maqasid syariah. Justeru, usaha menggembleng perpaduan umat ini perlu diangkat sebagai satu perjuangan bagi memastikan maqasid syariah ini diaplikasikan dalam realiti kehidupan secara bentuk yang sebenar. Usaha ini sekaligus mencetus riak baru ke arah menggilap martabat murni umat Islam di Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.

Bagaimana untuk mencetus usaha dan harapan ke arah perpaduan umat Islam di Malaysia dari sudut pandang maqasid syariah? Apakah inisiatif yang kita boleh lakukan dalam jangka masa terdekat? Asasnya mesti dimulai dengan memahami bahawa Islam di datangkan oleh Allah S.W.T. bertujuan untuk menjamin kebaikan dan menghindar kemudaratan kepada semua manusia. Seterusnya kita semak, lihat, cerna dan gerakkan usaha berdasarkan turutan keutamaan maqasid syariah seperti ulasan ringkas di bawah ini.

Pertama : Menjaga dan memelihara agama. Usaha untuk menggerakkan kesedaran beragama di kalangan umat Melayu perlu diperkemaskan. Ciri-ciri untuk menjadi insan kelas pertama sememangnya telah disemai dalam rukun Islam dan ajarannya. Setiap individu perlu muhasabah diri dan menasihati kelompok dalam lingkungan pengaruh dan lingkungan perhatiannya tentang kesedaran beragama. Apabila setiap individu sedar kepentingan beragama, maka usaha membentuk perpaduan menjadi lebih mudah kerana ia selari dengan tuntutan dan saranan Allah S.W.T. dalam surah A-li’Imraan 3 ayat 103 supaya berpegang teguh pada ‘taliNya’.

Kedua : Menjaga dan memelihara jiwa. Gerakan menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran perlu diperhebatkan khususnya dalam kelompok umat Melayu. Mekanisme ini perlu memfokuskan pada dimensi jatidiri manusia secara holistik iaitu meliputi dimensi rohani, akal, emosi dan jasmani. Dalam masa yang sama, unsur-unsur kemudaratan perlu dicegah dari menjangkiti umat dari semua jenis dan sudut. Contoh usaha yang boleh dilakukan ialah memperbanyakkan inisiatif kesedaran ke arah perpaduan dan menjauhi faktor yang boleh memburukkan lagi perpecahan dari entiti dominan yang ada. Kemahiran interaksi profesional bersifat Islami perlu dimantapkan dalam jiwa pendakwah dan penggerak NGO yang mempelopori perpaduan. Dengan cara ini, jiwa umat Melayu khususnya akan lunak untuk mendekati perpaduan.

Ketiga : Menjaga dan memelihara akal. Pemerkasaan usaha untuk membina kefahaman secara informasi dan ilmiah ke arah perpaduan mesti digiatkan lagi oleh semua pihak. Penggunaan pelbagai saluran media perlu dimanfaatkan sebaik mungkin termasuk meneroka saluran media kreatif. Pembentukan fikrah penting walau ia mengambil masa yang lama untuk mencetus satu gelombang besar kerana fikrah umat akan menentukan masa depan yang akan dicorakkan. Disamping itu, usaha memurnikan mentaliti umat juga tidak boleh dipinggirkan. Umat Islam perlu diajak untuk menjauhi mentaliti jumud, zon selesa, pak turut, taasub, mempercayai sesuatu tanpa menilai kesahihannya, menyebarkan berita tidak benar, gelojoh, tidak boleh menerima teguran dan lain-lain unsur negatif yang merosakkan. Mentaliti umat perlu diarahkan untuk menyuburkan syiar Islam dan merapatkan ukhuwwah umat.

Keempat : Menjaga dan memelihara keturunan. Untuk mengukuhkan lagi perpaduan, umat Islam perlu pada penerapan akhlak mulia dan kawalan diri berlandaskan syariat Islam. Tindakan perlu diambil oleh setiap individu untuk menjaga dan memelihara institusi keluarga dan masyarakat. Langkah ini penting supaya setiap entiti umat tahu dan mengamalkan suruhan dan meninggalkan larangan agama agar perpaduan umat Islam subur dalam keadaan harmonis. Tugasan menjaga dan memelihara keturunan ini juga perlu dilihat dalam skop yang turut mencakupi hal akhlak hubungan sesama manusia. Elemen penyakit hati seperti hasad, fitnah, mencela, mengadu domba dan lain-lain lagi antara puak-puak tertentu perlu dihentikan kerana ia tidak mencerminkan ajaran Islam bahkan amat dilarang oleh Allah S.W.T.

Kelima : Menjaga dan memelihara harta. Islam menjamin pengagihan nikmat harta yang dikurniakan Allah kepada manusia. Ia perlu diurus secara adil dan telus bagi mengelak pertelingkahan. Faktor dana dan wang ringgit turut perlu diberi perhatian dalam menjana perpaduan umat. Usaha ke arah perpaduan sememangnya memerlukan sumber kewangan yang kukuh untuk membolehkan gerak kerja berjalan dengan lancar. Oleh itu, penajaan kewangan, infaq dan bantuan kemudahan perlu disegerakan kepada pelopor usaha perpaduan ini agar ia melestarikan usaha perpaduan umat yang lebih cemerlang.

Kesimpulannya, perpaduan umat Islam adalah tuntutan penting yang menepati maqasid syariah. Islam sebagai agama yang menjamin hak seluruh manusia dan membawa rahmat ke seluruh alam amat menekankan perpaduan di kalangan umatnya. Gerakan perpaduan umat Islam khususnya di kalangan umat Melayu perlu digerakkan secara bersungguh-sungguh demi menepati matlamat maqasid syariah yang pertama iaitu menjaga dan memelihara agama.

[dicopy paste dari http://pasberuk.blogspot.co.uk/2013/02/pemahaman-maqasid-syariah-ke-arah.html]

Tuan Guru Haji Lah Saamah & Tuan Guru Syed Faiz






Ulama' Pondok Tolak PR




Anwar: Tiada Negara Islam












Lim Kit Siang Tolak Negara Islam




DAP Anti Islam





Bar Council: Dalang Gejala Murtad?

Bahaya Mengangkat Pemimpin yang Menghina Islam