Saturday, 16 March 2013

Adakah Ulama' Hanya Ada Didalam PAS?


Mungkin sudah sampai masanya untuk kita dengan benar-benar ikhlas bermuhasabah dan menilai kembali pendapat kita selama ini. Kita perlu bertanya kepada diri sendiri dengan hati yang tulus dan murni, beberapa soalan yang sangat kritikal untuk dijawab oleh hati sanubari kita sendiri.

Siapah alim ulama' yang sebenar?

Adakah semua alim ulama' yang sebenar mesti terlibat dengan politik?

Adakah semua alim ulama' yang sebenar yang terlibat dengan politik, mesti bersama-sama dengan parti yang dikatakan memperjuangkan Islam?

Adakah semua alim ulama' yang sebenar yang terlibat dengan politik, mengatakan bahawa parti pejuang dan pembela Islam yang sebenar ialah Parti Islam SeMalaysia, dan semua mereka mengatakan bahawa parti lain selain PAS tidak memperjuangkan Islam?

Berbalik dari persoalan diatas, timbul persoalan lain..

Adakah alim' ulama' yang tidak berpolitik, bukan alim ulama' yang sebenar yang menyebabkan tidak layak untuk diikuti pandangan mereka?

Adakah alim ulama' yang berpolitik tetapi memperjuangkan Islam didalam parti yang bukan parti PAS, maka mereka bukanlah alim ulama' yang sebenar maka tidak layak untuk diikuti pandangan mereka?

Adakah benar semua alim ulama' yang menyertai parti selain PAS, atau yang tidak menyertai mana-mana parti tetapi bersetuju dan menyokong parti selain PAS, maka mereka bukanlah alim ulama' yang sebenar?

Adakah benar alim ulama' yang bersama-sama dengan UMNO, maka bermakna mereka menyokong 'kezaliman' yang dikatakan dibuat oleh UMNO? Maka kedudukan mereka sebagai alim ulama' boleh dipertikaikan?

Adakah benar jika dikatakan semua alim ulama' yang berada didalam kerajaan, dari ustaz ustazah yang mengajar tadika Islam, sehinggalah kepada alim ulama' yang berada didalam Majlis Fatwa Negeri dan Kebangsaan, yang tidak bersama-sama dengan parti PAS, sebagai alim ulama' yang menyokong 'kezaliman' UMNO, lantas kedudukan mereka boleh dipertikaikan dan ilmu mereka boleh ditolak?

Adakah benar fahaman politik Islam kita jika begini kefahaman kita terhadap alim ulama'?

Moga Allah bagi kita taufik untuk memikirkan jawapan sebenar bagi persoalan-persoalan diatas.

No comments:

Post a Comment