Sunday, 17 February 2013

Menolak Maulid secara Berlebihan

Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) menolak amalan Maulid Nabi SAW kerana Nabi Muhammad serupa dengan 'mamat-mamat ' kampung lain semasa kecil baginda.





Bahkan TGNA mengatakan sambutan Maulid Nabi ini hanyalah untuk meniru orang kristian menyambut kelahiran Jesus.





TGNA berpendapat sebegini, mungkin kerana beliau pernah belajar di madrasah Deoband, India. Aliran Deoband tidak menyambut Maulid Nabi. Namun jika diteliti, aliran Deoband tidaklah menolak Maulid secara total. Penolakan hanyalah jika sambutan Maulid itu disertai dengan perkara-perkara yang melanggari syariat, misalnya berlaku percampuran bukan mahram, periwayatan hadith-hadith palsu, dan hal-hal batil yang seumpamanya.

http://www.deoband.org/2010/02/fiqh/miscellaneous/mawlid-deoband-and-hanafi-fiqh/


Didalam fatwa yang lain, jelas aliran Deoband tidak menolak sambutan Maulid Nabi (walaupun mereka sendiri tidak melakukannya).

http://www.deoband.org/2011/02/fiqh/miscellaneous/al-muhannad-deoband-on-mawlid/

Ini bermakna sambutan Maulid Nabi jatuh ke dalam perkara khilaf dan diperselisihkan.

Namun, boleh dikatakan bahawa sebab-sebab penolakan amalan sambutan Maulid Nabi seperti yang dikatakan oleh TGNA adalah agak melampau, kerana ia melibatkan isu aqidah. Hal ini jelas tidak dipersetujui oleh alim ulama' misalnya oleh al-Fadhil Ustaz Kazim Elias Hafizohullah.



Isu yang ditimbulkan oleh TGNA ialah perlantikan Nabi ke atas Muhammad SAW hanyalah setelah baginda berumur 40 tahun. Sedangkan menurut fahaman Ahlus Sunnah wal Jamaah, Nabi SAW telah dipilih oleh Allah SWT semenjak baginda kecil lagi, malah sebelum itu lagi.

Dalam hadith sohih Muslim (lebih kurang mafhumnya) Sayyidina Umar bertanya kepada Nabi, bilakah baginda dilantik menjadi Rasul? Jawab baginda, Aku ditabalkan menjadi Nabi ketika mana jasad Adam belum jadi air (belum jadi jasad dan ruh).

Perkara Irhas iaitu tanda-tanda sebelum lantikan sebagai nabi, hendaklah diperhatikan dengan sungguh-sungguh. Artikel yang mudah mengenai boleh di lihat misalnya di 

http://tasiaarozakiah.blogspot.co.uk/2011/03/irhas-nabi.html

Isu ini juga disinggung oleh al-Fadil Ustaz Syed Zaiz al-Idrus Hafizohullah.

http://ustazsyedfaiz.blogspot.co.uk/2012/09/sayyiduna-muhammad-saw-manusia-pilihan.html



Melalui kerajaan UMNO/BN, sambutan Maulid Nabi SAW dibuat secara besar-besaran setiap tahun, bahkan diumumkan cuti umum diseluruh negara bagi tujuan ini. Jelas bahawa pegangan Ahlussunnah wal jamaah dan amalan yang sesuai dengannya seperti sambutan Maulid Nabi diperjuang dan dipertahankan oleh kerajaan UMNO/BN.

Seperkara lagi, walaupun kepimpinan UMNO bukanlah terdiri dari alim ulama', namun mereka sentiasa merujuk kepada alim ulama' Ahlus Sunnah wal Jamaah didalam memutuskan perkara-perkara yang berkaitan dengan Islam, misalnya isu Maulid Nabi ini. Manakala kepimpinan PAS mengetepikan pandangan golongan ulama', kerana mereka merasakan bahawa mereka sendirilah yang paling layak mengeluarkan pandangan dan fatwa.

Jika PAS memerintah, adakah mungkin amalan Maulid Nabi ini nanti akan dihapuskan? Jika berpandukan dengan fahaman TGNA, perkara ini tidak mustahuil akan berlaku.

Wahai kaum muslimin yang berpegang kepada fahaman Ahlussunnah wal jamaah. Hendaklah kita mengkedepankan kepentingan Islam di hadapan kita didalam memilih pemimpin yang boleh menentukan jatuh bangunnya agama yang kita pertahankan ini. Janganlah tersilap langkah sehingga menyebabkan kita menyesal tak sudah di kemudian hari.

No comments:

Post a Comment