Friday 15 February 2013

Asal Usul Parti UMNO


"Asal usul UMNO bersandarkan kepada ijtihad Sheikh Ahmad Al-Fathani sebagai manhaj siasah mereka; iaitu dengan menekankan penguasaan ilmu, kepandaian meliputi segala bidang serta strategi politik yang berkesan sebagai wasilah perjuangan untuk membina tamadun bangsa Melayu yang muafakat dengan syarak. Ijtihad Sheikh Ahmad Al-Fathani adalah berdasarkan penyaksian terhadap faktor-faktor kekuatan/kelemahan bangsa Turki, agama Islam dan pentadbiran tanah air sebagai punca kegemilangan dan kejatuhan Daulah Uthmaniyah. Pemikiran beliau boleh dirujuk melalui Kitab As-Siyasatu wat Tadbir, Kitab Jumanah At-Tauhid (1876), Kitab Tashil Nail Al-Amani (1882), Kitab Al- Fatawal Fatahaniyah (1889), Hadiqul Azhar War Rayahin (1890) dan Kitab Mir-at Al-A’ajib (1906)"
Ini menunjukkan bahawa asal kewujudan parti UMNO adalah sebenarnya berdasarkan ijtihad ulama' yang muktabar seperti Syaikh Ahmad al-Fathani. maka salahlah dakwaan yang mengatakan bahawa UMNO ini ialah parti sekular, parti nasionalis, parti asabiyah, parti ciptaan British atau seumpamanya. Kerana tujuan penubuhan UMNO itu pada hakikatnya ialah untuk meneruskan kesinambungan perjuangan Islam melalui wadah kekuatan politik, ekonomi, teknologi dan pembangunan yang sama sekali tidak bercanggah dengan ajaran Islam itu sendiri. Sedangkan alim ulama' adalah rujukan kita ummat Islam, dan pandangan serta fatwa mereka merupakan panduan dan sandaran kita didalam mengamalkan ajaran Islam yang suci ini.



No comments:

Post a Comment