Sunday, 17 February 2013

Doa KO Terhadap Sesama Islam


Didalam adab berdoa, hendaklah kita sentiasa memohon kebaikan dan kesejahteraan dan taufik hidayat dari Allah Taala bagi setaip kaum muslimin dan mukminin, yang masih hidup atau yang telah kembali kepada Allah.

Dari Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah dipinta untuk mendoakan keburukan kepada orang-orang Musyrik. Maka Baginda SAW telah bersabda: Aku tidak diutus sebagai seorang pelaknat, aku diutus hanya sebagai rahmat. (HR Muslim)

Daripada Abdullah r.hu berkata ,”Seolah-olah aku sedang melihat Rasulullah menceritakan peristiwa seorang nabi yang dipukul oleh kaumnya,hingga berlumuran darah,beliau (nabi tersebut) menyapu darah dari mukanya dan berkata:Wahai Allah, Ampunilah kaumku ,kerana mereka tidak tahu, (peristiwa ini berlaku sendiri kepada Nabi saw ketika peperangan Uhud”.(Hadith riwayat Bukhari).

Abu Hurairah ra meriwayatkan, bahawa Nabi SAW bersabda: Setiap nabi mempunyai doa yang mustajab. Maka setiap nabi bersegera memanfaat doa itu. Tetapi aku menyimpankan doa itu sebagai penolong untuk umatku pada Hari Kiamat. (riwayat Muslim dalam kitab al Iman)

Dari Jabir r.a berkata bahawa para sahabat telah berkata: ya Rasulullah! Anak-anak panah khabilah Thaqif telah memusnahkan kita, Tuan doakan keburukan terhadap mereka. Baginda SAW bersabda: Ya Allah! Berilah hidayah kepada kabilah Thaqif! (HR Tirmizi)

Diriwayatkan oleh al-Bazzar daripada Aisyah berkata: Tatkala saya melihat Nabi SAW berada dalam keadaan baik, saya berkata, "Wahai Rasulullah! Doakanlah untuk saya." Rasulullah SAW pun mendoakan, "Ya Allah! Ampunilah dosa Aisyah yang terdahulu dan yang terkemudian, yang tersembunyi dan yang terang." Mendengarnya, Aisyah ketawa gembira sehingga kepalanya jatuh ke ribanya kerana terlalu gembira. Lalu Rasulullah SAW bersabda, "Adakah doa saya menggembirakan kamu?" Aisyah menjawab, "Kenapa tidak, saya begitu gembira dengan doamu itu?" Rasulullah SAW bersabda, "Demi Allah! Inilah doa yang saya panjatkan untuk umat saya dalam setiap solat."

Sedangkan terhadap orang kafir pun Nabi doakan petunjuk hidayat kepada mereka, dan Nabi memohon keampunan kepada mereka yang menganiayai baginda. Apatah lagi terhadap sesama orang beriman, nabi SAW menyimpan doa baginda yang khas untuk ummatnya di akhirat kelak.



Tetapi, alangkah sedihnya kita kerana doa yang dibuat oleh PAS kepada UMNO ini sebegitu sekali bunyinya.




Perkara doa sebegini tentunya sama sekali tidak dipersetujui oleh orang-orang Islam, hatta oleh mereka yang tidak berpolitik sekali pun.




Bagaimana respon pemimpin UMNO/BN mengenai doa ini?



Siapakah yang lebih menghampiri Sunnah didalam hal ini?


Walaupun dikatakan bahawa doa KO ini ditujukan kepada parti UMNO dan bukannya kepada ahli UMNO, dengan alasan bahawa ahli UMNO boleh masuk PAS setelah KOnya parti UMNO, namun alasan ini tidak dapat diterima.

Adakah kita dapat menerima misal kata rakyat Indonesia mendoakan KO kepada negara Malaysia, dengan harapan dan alasan supaya rakyat Malaysia akan menjadi warganegara Indonesia setelah KOnya negara Malaysia?

No comments:

Post a Comment