Sunday, 24 February 2013

Debat UMNO-PAS (siri 1)

(Lakonan) debat UMNO-PAS yang pernah diadakan satu ketika dulu diantara ahli-ahli agama dan ahli siasah mewakili UMNO dan (bekas ahli) PAS. Debat ini dipengerusikan oleh (Allahyarham) Tan Sri Dato' Dr. Abdul Hamid Othman (semoga Allah menerangi pusara beliau).

Walaupun sekadar lakonan atau simulasi perdebatan, tapi admin menilai banyak hujah-hujah ilmiah yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak didalam membincangkan siasah Islam dalam konteks negara Malaysa dari sudut pandang parti UMNO dan parti PAS. Admin berhasrat untuk bembincangkan hujah-hujah yang dikemukakan dengan lebih lanjut di blog ini, dengan harapan agar rakan-rakan beroleh manfaat darinya, sekaligus menambahkan pengetahuan kita bahawa politik kepartian UMNO dan PAS mempunyai tunjang dan asasnya masing-masing. Seterusnya, ini akan memberi perspektif yang lebih luas kepada kita dari sudut pandangan Islam, betapa luasnya rahmat Allah SWT sehingga membenarkan hamba-hamba-Nya berbeza pendapat didalam memahami dan menjalankan perintah-perintah-Nya, termasuk didalam perkara-perkara yang melibatkan kuasa politik, pentadbiran negara dan kaedah perlaksanaan hukum-hukum-Nya. Inilah yang disebut sebagai khilafiyyah didalam cabang agama yang dibenarkan, selagi perbincangan dan berbezaan pedapat adalah didalam ruang lingkup aqidah dan kefahaman Ahlus Sunnah wal Jamaah.

Debat (atau lebih kepada bentuk muzakarah) seperti ini sangat penting dilakukan dengan lebih kerap oleh kedua-dua belah pihak. Ini bagi menghilangkan salah faham dan kekeliruan kepada masyarakat awam yang telah merebak, sehingga ke peringkat mengkafir dan menyesatkan pihak lawan dan mewujudkan sikap taksub dan sangat fanatik kepada pihak sendiri. Fenomena ini sangatlah menyedihkan kerana ia secara langsung melemahkan kekuatan ummat Islam di negara ini, menimbulkan pecah-belah dan perasaan benci yang meluap-luap didalam hati, sehingga (moga Allah lindungi) berpotensi mewujudkan keadaan huru-hara, malah ke peringkat pertumpahan darah jika tidak ditangani dengan segera dan berkesan. Apatah lagi jika doktrin Ahlus Sunnah wal Jamaah yang menjadi asas aqidah kepada ummat Islam di Malaysia ini telah mula dicemari oleh fahaman sesat dari luar seperti Syi'ah, Khawarij, Wahabi, anti-hadith dan sebagainya, maka bahayanya telah dan akan menjadi berlipat kali ganda. Sebab diketahui melalui sejarah dan pengalaman bahawa fahaman-fahaman sesat sebegini tersasar sebegitu jauh sehingga ada yang sanggup menghalalkan darah sesama saudara seIslam. Inilah yang begitu merisaukan kita. Kita sama-sama berdoa agar Allah menjauhi negara kita dari malapetaka, dan mewujudkan kesatuan ummah didalam negara tercinta ini, dan memasukkan perasaan kasih sayang sesama kita kerana Allah, dan menjadikan golongan yang mencintai Allah dan Rasul-Nya dan agama-Nya sebagai golongan yang dominan di negara ini. Amin.

Admin berterima kasih kepada pihak yang mengedit dan mengepos semula siri debat ini di youtube (walaupun admin kurang setuju dengan komen-komen si pengedit kerana tidak bersikap neutral dan cenderung kepada pihak PAS).



Asas perbincangan ialah mengenai isu takfir. Istilah yang digunakan ialah takfir atau mengkafir, dan bukannya kafir mengkafir kerana satu pihak saja yang menuduh satu pihak lagi kafir, manakala pihak yang dituduh tidak membalas.

Pendapat kafir yang dilontarkan oleh PAS terhadap UMNO sememangnya tidak dapat dinafikan, sebagaimana yang dapat dilihat didalam amanat Hj Hadi. Fatwa Majlis Agama Negeri Kelantan sebelum amanat ini dikeluarkan juga menunjukkan bahawa perbuatan ini telah lama wujud dikalangan ahli-ahli PAS. Begitu juga dengan fatwa dari Majlis Fatwa Kebangsaan menunjukkan amalan takfir ini masih wujud.
Sila rujuk http://malaymujahid.blogspot.co.uk/2013/02/amanat-haji-hadi-masih-valid.html.

Parti PAS diwakili oleh Ustaz Ghazali, Prof. Dato' Ismail Ibrahim, Ustaz Umar Khalid, Ustaz Wan Ismail (bekas ketua Biro Ulama' PAS Kelantan) dan Ustaz Mohamad Nor (bekas pensyarah Akademi Islam). 

Parti UMNO diwakili oleh Dato' Nakha'i Hj. Ahmad (YADIM), Dato' Zainal Hj. Din, Ustaz Dato' Syafii, Ustaz Mustapha Taib dan Wan Zaidi.

Dalam adab perbincangan, dua perkara adalah dijaga, iaitu tidak ada emosi dan (perbincangan) adalah untuk menimbulkan ilmu. 

Asas perbincangan ialah isu takfir, kerana dari perkara inilah, turunnya pecahan-pecahan dan isu-isu lain yang dituduh (oleh PAS) kepada UMNO.

Perbincangan dimulakan oleh wakil PAS, Ustaz Ghazali.

Antara poin-poin yang dikemukakan oleh Ustaz Ghazali:

  • Kami (PAS) yakin semua rakyat Islam di Malaysia mesti menyokong PAS.
Di Malaysia, tidak ada perundangan Islam secara syumul atau secara umum (menyeluruh). (Sedangkan hukum-hukum) Islam ini wajib ditegakkan sebagaimana firman Allah (lebih kurang mafhumnya): 'Hendaklah kamu melaksanakan hukum Allah apabila kamu menguasai pemerintahan..' Dalam ayat lain, Allah berfirman (lebih kurang mafhumnya): 'Orang mencuri sama ada laki-laki atau perempuan (apabila sabit kesalahan dan cukup syarat-syaratnya), wajiblah dipotong tangan..' Ayat lain (lebih kurang mafhumnya): 'Orang yang berzina sama ada perempuan atau laki-laki (apabila sabit kesalahan dan cukup syarat-syaratnya), wajib dirotan 100kali (jika belum kahwin)..' Jadi semua ini tidak dapat dilaksana jika tidak ada pemerintahan Islam. Untuk mengadakan pemerintahan Islam ini, mestilah ada satu wadah atau perjuangan untuk menegakkan hukum hukum. Kita tengok didalam UMNO, setelah memerintah Malaysia selama berpuluh-puluh tahun, tidak ada pemerintahan Islam ini. Jadi bagi PAS, kaedah Islam menyebut (lebih kurang ertinya): 'Jika tidak boleh sampai kepada yang wajib kecuali ada satu benda, maka benda itu menjadi wajib.' Misalnya hendak solat, mesti ada wudhu'. Untuk berwudhu', mesti ada air. jadi semua perkara yang bersangkut paut didalam usaha mencari air untuk berwudhu' (seperti membuat perigi dan saluran paip air) menjadi kewajipan kepada semua. Oleh kerana di Malaysia tidak ada perundangan Islam, maka cara-cara untuk mendapatkan kerajaan Islam ini mesti diadakan. Dalam konteks Malaysia, untuk mendapatkan kerajaan Islam, mesti masuk pilihanraya. Untuk masuk pilihanraya, mesti ada parti. Untuk mengadakan parti, mesti ada jemaah. Oleh itu, penubuhan PAS ialah untuk menjadi satu wadah (ke arah perlaksanaan perundangan Islam), maka ia menjadi wajib. sebab itu, masuk PAS adalah menjadi kewajipan yang orang-orang Islam tidak boleh tolak dan mesti masuk dalam perjuangan Islam ini.


  • PAS meyakini pada hakikatnya, bahawa perjuangan UMNO bukan (perjuangan) Islam, kerana dalam kaedah Islam telah tetap...


 [bersambung]





  




No comments:

Post a Comment