Monday, 25 February 2013

Ulama Pondok Zahirkan Peranan


SAMBUTAN para ulama dan tok guru pondok Kedah terhadap Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) sejak akhir-akhir ini cukup memberangsangkan. Ekoran perjumpaan mereka dengan Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Penaung YPPM, di Alor Setar tiga minggu lalu, beberapa program susulan diadakan.

Bagi memenuhi aspirasi dan semangat mereka yang mahu bergiat aktif dalam menjunjung visi dan misi YPPM, saya dan Lembaga Pengarah bersetuju melantik Tuan Guru Hj Sobri Othman, pengasas/pengetua Madrasah Al-Ulum Ad-Diniah Al-Usmaniah di Jitra, sebagai Penyelaras YPPM Kedah untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa 16 Februari. Beliau dan AJKnya bertanggungjawab mengatur dan melaksanakan aktiviti YPPM, khususnya menyalur maklumat dan memberi penerangan pelbagai isu bertujuan menjamaahkan pondok-pondok seluruh Kedah.

Minggu lalu, saya hadir pada majlis pertama anjuran YPPM Kedah. Majlis Ijtimak Guru-Guru Pondok, Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa), Guru Takmir dan Imam Daerah Baling 2013 berjaya diadakan di Masjid Kampung Tok Kaya, Baling dihadiri sekitar 300 peserta. Turut hadir ialah Mustasyar YPPM Datuk Paduka Sheikh Hasbullah Abdul Halim, mantan Mufti Kedah.

Dalam ucapan perasmian, saya menekankan perlunya suara ulama pondok diberi ruang dan perhatian. Sebagai golongan berilmu, memiliki kepakaran dalam disiplin duniawi dan ukhrawi, pandangan mereka dalam pelbagai isu semasa perlu diberi tempat sewajarnya terutama bagi merungkai kemelut dan kekeliruan yang dihadapi umat Islam. Dalam hal ini, YPPM boleh berperanan menyatukan pandangan dan buah fikiran ulama pondok agar dimanfaatkan oleh pemimpin (umara) dan orang ramai.

Tiga hari lalu, Tuan Guru Hj Sobri mempengerusikan perjumpaan Pengerusi YPPM Hj Juhaidi Yean Abdullah dan Sheikh Hasbullah dengan sekumpulan ulama dan tok guru Kedah dan Kelantan, termasuk Pondok Tanjung Kapur, Pondok Bukit Gajah Teriak, Pondok Buluh Nipis, Pondok Haji Awang dan Pondok Telaga Batu (kesemuanya di Jitra), Pondok Kobah dan Pondok Chegar di Pendang, Pondok Takribul dan Pondok Parit Panjang di Mengkuang, Pondok Tunjang, dan Pondok Geting di Tumpat.
Perjumpaan tiga jam itu diadakan di Pertubuhan Mujamma Ibnu Sunni Litalaqqi (Mustaq), Kampung Bukit Jagung, Pendang yang diasaskan ulama pondok terkenal, Tuan Guru Hj Abdul Rahim Abdul Rahman, yang juga pakar masak nasi daging. Beliau berharap lebih banyak pertemuan dapat diadakan bagi mengukuhkan jamaah pondok dan institusi pengajiannya atas kepentingan agama dan umat yang berpegang kepada Ahli Sunnah wal Jamaah.

Tuan-tuan guru pondok yang hadir memberi sokongan padu kepada usaha YPPM, yang kata mereka walaupun masih baru tetapi telah banyak membawa kebaikan. Tidak rela agenda agama disabotaj parti politik dan pihak yang tidak sepatutnya bercakap soal Islam, mereka berikrar membantu kerajaan menangani ancaman yang sedang menular termasuk ajaran sesat, Syiah, penyelewengan akidah, liberalisme dan pluralisme serta mempertahankan maruah Islam agar tidak diperkotak-katik mana-mana pihak seperti dalam kes penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam.

Mereka juga mencadangkan YPPM menganjurkan satu ijtimak membabitkan ulama pondok Nusantara (Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina, dan Kemboja) untuk gembleng tenaga pemikiran, mengumpul hujah dan mendapat kata sepakat dalam isu-isu penting berkaitan agama dan umat. Insya-Allah, cadangan ini akan segera dipertimbangkan oleh YPPM.

logo

[di copy-paste dari http://pondok1msia.org.my/ulama-pondok-zahirkan-peranan/#.USwcP6VA1c4]

Alhamdulillah dan Insyaallah,  institusi pondok akan menjadi semakin kuat dan mantap, terutama setelah diwujudkan Yayasan Pembangunan Pondok 1Malaysia. Mudah-mudahan Allah mengembang dan menyebarluaskan lagi institusi pondok ke seluruh tanah air, sehingga lahirlah semula generasi Ulama' yang Haq dengan banyaknya bagi menguatkan tugas amar makruf dan nahi mungkar. Semoga dengannya, akan terbenteraslah segala bentuk kemaksiatan dan terhapuslah segala macam kebatilan, terutama yang mengancam aqidah haq Ahlus Sunnah wal Jamaah.

Kita berdoa semoga Allah memberkati dan melimpah ruahkan rahmat-Nya dan bantuan-Nya dan petunjuk-Nya dan taufiq-Nya dan keampunan-Nya kepada kerajaan yang memerintah dan negara Malaysia yang tercinta ini. Serta  dikekalkan keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan kepada bumi bertuah ini. Amin.

Sunday, 24 February 2013

Debat UMNO-PAS (siri 1)

(Lakonan) debat UMNO-PAS yang pernah diadakan satu ketika dulu diantara ahli-ahli agama dan ahli siasah mewakili UMNO dan (bekas ahli) PAS. Debat ini dipengerusikan oleh (Allahyarham) Tan Sri Dato' Dr. Abdul Hamid Othman (semoga Allah menerangi pusara beliau).

Walaupun sekadar lakonan atau simulasi perdebatan, tapi admin menilai banyak hujah-hujah ilmiah yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak didalam membincangkan siasah Islam dalam konteks negara Malaysa dari sudut pandang parti UMNO dan parti PAS. Admin berhasrat untuk bembincangkan hujah-hujah yang dikemukakan dengan lebih lanjut di blog ini, dengan harapan agar rakan-rakan beroleh manfaat darinya, sekaligus menambahkan pengetahuan kita bahawa politik kepartian UMNO dan PAS mempunyai tunjang dan asasnya masing-masing. Seterusnya, ini akan memberi perspektif yang lebih luas kepada kita dari sudut pandangan Islam, betapa luasnya rahmat Allah SWT sehingga membenarkan hamba-hamba-Nya berbeza pendapat didalam memahami dan menjalankan perintah-perintah-Nya, termasuk didalam perkara-perkara yang melibatkan kuasa politik, pentadbiran negara dan kaedah perlaksanaan hukum-hukum-Nya. Inilah yang disebut sebagai khilafiyyah didalam cabang agama yang dibenarkan, selagi perbincangan dan berbezaan pedapat adalah didalam ruang lingkup aqidah dan kefahaman Ahlus Sunnah wal Jamaah.

Debat (atau lebih kepada bentuk muzakarah) seperti ini sangat penting dilakukan dengan lebih kerap oleh kedua-dua belah pihak. Ini bagi menghilangkan salah faham dan kekeliruan kepada masyarakat awam yang telah merebak, sehingga ke peringkat mengkafir dan menyesatkan pihak lawan dan mewujudkan sikap taksub dan sangat fanatik kepada pihak sendiri. Fenomena ini sangatlah menyedihkan kerana ia secara langsung melemahkan kekuatan ummat Islam di negara ini, menimbulkan pecah-belah dan perasaan benci yang meluap-luap didalam hati, sehingga (moga Allah lindungi) berpotensi mewujudkan keadaan huru-hara, malah ke peringkat pertumpahan darah jika tidak ditangani dengan segera dan berkesan. Apatah lagi jika doktrin Ahlus Sunnah wal Jamaah yang menjadi asas aqidah kepada ummat Islam di Malaysia ini telah mula dicemari oleh fahaman sesat dari luar seperti Syi'ah, Khawarij, Wahabi, anti-hadith dan sebagainya, maka bahayanya telah dan akan menjadi berlipat kali ganda. Sebab diketahui melalui sejarah dan pengalaman bahawa fahaman-fahaman sesat sebegini tersasar sebegitu jauh sehingga ada yang sanggup menghalalkan darah sesama saudara seIslam. Inilah yang begitu merisaukan kita. Kita sama-sama berdoa agar Allah menjauhi negara kita dari malapetaka, dan mewujudkan kesatuan ummah didalam negara tercinta ini, dan memasukkan perasaan kasih sayang sesama kita kerana Allah, dan menjadikan golongan yang mencintai Allah dan Rasul-Nya dan agama-Nya sebagai golongan yang dominan di negara ini. Amin.

Admin berterima kasih kepada pihak yang mengedit dan mengepos semula siri debat ini di youtube (walaupun admin kurang setuju dengan komen-komen si pengedit kerana tidak bersikap neutral dan cenderung kepada pihak PAS).



Asas perbincangan ialah mengenai isu takfir. Istilah yang digunakan ialah takfir atau mengkafir, dan bukannya kafir mengkafir kerana satu pihak saja yang menuduh satu pihak lagi kafir, manakala pihak yang dituduh tidak membalas.

Pendapat kafir yang dilontarkan oleh PAS terhadap UMNO sememangnya tidak dapat dinafikan, sebagaimana yang dapat dilihat didalam amanat Hj Hadi. Fatwa Majlis Agama Negeri Kelantan sebelum amanat ini dikeluarkan juga menunjukkan bahawa perbuatan ini telah lama wujud dikalangan ahli-ahli PAS. Begitu juga dengan fatwa dari Majlis Fatwa Kebangsaan menunjukkan amalan takfir ini masih wujud.
Sila rujuk http://malaymujahid.blogspot.co.uk/2013/02/amanat-haji-hadi-masih-valid.html.

Parti PAS diwakili oleh Ustaz Ghazali, Prof. Dato' Ismail Ibrahim, Ustaz Umar Khalid, Ustaz Wan Ismail (bekas ketua Biro Ulama' PAS Kelantan) dan Ustaz Mohamad Nor (bekas pensyarah Akademi Islam). 

Parti UMNO diwakili oleh Dato' Nakha'i Hj. Ahmad (YADIM), Dato' Zainal Hj. Din, Ustaz Dato' Syafii, Ustaz Mustapha Taib dan Wan Zaidi.

Dalam adab perbincangan, dua perkara adalah dijaga, iaitu tidak ada emosi dan (perbincangan) adalah untuk menimbulkan ilmu. 

Asas perbincangan ialah isu takfir, kerana dari perkara inilah, turunnya pecahan-pecahan dan isu-isu lain yang dituduh (oleh PAS) kepada UMNO.

Perbincangan dimulakan oleh wakil PAS, Ustaz Ghazali.

Antara poin-poin yang dikemukakan oleh Ustaz Ghazali:

  • Kami (PAS) yakin semua rakyat Islam di Malaysia mesti menyokong PAS.
Di Malaysia, tidak ada perundangan Islam secara syumul atau secara umum (menyeluruh). (Sedangkan hukum-hukum) Islam ini wajib ditegakkan sebagaimana firman Allah (lebih kurang mafhumnya): 'Hendaklah kamu melaksanakan hukum Allah apabila kamu menguasai pemerintahan..' Dalam ayat lain, Allah berfirman (lebih kurang mafhumnya): 'Orang mencuri sama ada laki-laki atau perempuan (apabila sabit kesalahan dan cukup syarat-syaratnya), wajiblah dipotong tangan..' Ayat lain (lebih kurang mafhumnya): 'Orang yang berzina sama ada perempuan atau laki-laki (apabila sabit kesalahan dan cukup syarat-syaratnya), wajib dirotan 100kali (jika belum kahwin)..' Jadi semua ini tidak dapat dilaksana jika tidak ada pemerintahan Islam. Untuk mengadakan pemerintahan Islam ini, mestilah ada satu wadah atau perjuangan untuk menegakkan hukum hukum. Kita tengok didalam UMNO, setelah memerintah Malaysia selama berpuluh-puluh tahun, tidak ada pemerintahan Islam ini. Jadi bagi PAS, kaedah Islam menyebut (lebih kurang ertinya): 'Jika tidak boleh sampai kepada yang wajib kecuali ada satu benda, maka benda itu menjadi wajib.' Misalnya hendak solat, mesti ada wudhu'. Untuk berwudhu', mesti ada air. jadi semua perkara yang bersangkut paut didalam usaha mencari air untuk berwudhu' (seperti membuat perigi dan saluran paip air) menjadi kewajipan kepada semua. Oleh kerana di Malaysia tidak ada perundangan Islam, maka cara-cara untuk mendapatkan kerajaan Islam ini mesti diadakan. Dalam konteks Malaysia, untuk mendapatkan kerajaan Islam, mesti masuk pilihanraya. Untuk masuk pilihanraya, mesti ada parti. Untuk mengadakan parti, mesti ada jemaah. Oleh itu, penubuhan PAS ialah untuk menjadi satu wadah (ke arah perlaksanaan perundangan Islam), maka ia menjadi wajib. sebab itu, masuk PAS adalah menjadi kewajipan yang orang-orang Islam tidak boleh tolak dan mesti masuk dalam perjuangan Islam ini.


  • PAS meyakini pada hakikatnya, bahawa perjuangan UMNO bukan (perjuangan) Islam, kerana dalam kaedah Islam telah tetap...


 [bersambung]





  




Wednesday, 20 February 2013

Siapakah yang Asabiyyah?

Apakah Asabiyyah? Siapakah Asabiyyah?

Soalan-soalan ini tidaklah perlu untuk dibahaskan lagi, kerana telah diperjelaskan oleh rakan-rakan pejuang Islam di blog-blog mereka. Contoh yang baik ialah di blog berikut

http://sukusakat-hangtuah.blogspot.co.uk/2011/02/parti-pas-dan-pkr-adalah-parti.html


Ringkasnya, sikap asabiyyah ini ialah apabila seseorang menolong kaumnya/pihaknya/golongannya diatas kezaliman.


Sabda Rasulullah apabila ditanya oleh seorang lelaki: Wahai Rasulullah,adakah daripada 'ASABIYYAH jika seseorang itu KASIH akan KAUMNYA? Sabda Baginda:" TIDAK,tetapi 'ASABIYYAH itu adalah seseorang yang MENOLONG KAUMNYA di atas KEZALIMAN."






Admin mohon ampun kepada Allah. Dan mohon maaf kepada yang diceritakan didalam entry kali ini. Bukan bertujuan membuka atau menyebarkan aib sesiapa, tetapi bagi kita untuk menilai dengan akal yang sihat tanpa emosi, khususnya mengenai bagaimana sikap asabiyyah ini pun wujud didalam mempertahankan kesalahan golongan/pihak/partinya, PAS. Walaupun mereka sering menuduh UMNO/BN sebagai asabiyyah, tetapi dari segi perbuatannya, PAS pun tidak terlepas dari perkara yang sama.

Benar tidaknya dakwaan yang mendakwa, sepanjang pengetahuan admin didalam mengikuti berita-berita dari media massa sama ada milik kerajaan atau pembangkang, pendakwa (Ustaz Saidi Hassan) ini belum pernah oleh sesiapa, dituduh bersalah kerana mereka-reka cerita ini.

UMNO/BN pula, jika benar ada ahlinya yang dituduh melakukan kesalahan, walau pemimpin jawatan tinggi sekalipun, maka akan dihadapkan ke mahkamah. Maka terpulang kepada mahkamah untuk mengadilinya. Tidak ada usaha untuk mempertahankan ahlinya dari dihadapkan ke muka pengadilan. Ini menunjukkan sikap bukan asabiyyah UMNO/BN.




Sebab itu, janganlah kita menilai sesuatu itu pada namanya sahaja, seperti kata pepatah Inggeris, 'Don't judge a book by its cover'. Janganlah menilai satu-satu pihak/parti itu atas namanya semata-mata, tetapi hendaklah dilihat kepada perbuatan dan pekerjaan yang dibuat.

Marilah kita sama-sama mengambil sikap adil dengan mengatakan yang benar itu benar, walaupun kebenaran itu di pihak lawan, dan mengatakan yang salah itu salah, walau kesalahan itu di pihak kita. Inilah keadilan yang sebenar-benarnya seperti yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul-Nya SAW.

Ya Allah! Tunjukkanlah kepada kami yang haq itu haq, dan berilah kami kekuatan untuk mengikutinya. Dan tunjukkanlah kami yang batil itu batil, dan berilah kekuatan kepada kami untuk menjauhinya.




Tuesday, 19 February 2013

Wajib Undi UMNO/BN bagi Memelihara Aqidah



"Mengundi UMNO Barisan Nasional adalah wajib dan mengundi Pakatan Rakyat yakni PAS, PKR dan DAP adalah haram berdasarkan nas-nas yang telah dijelaskan mengikut Qur'an, Hadith, Ijma' Ulama' dan kitab-kitab muktabar."


Pandangan ini adalah berdasarkan betapa besarnya mudharat yang dibawa oleh parti pembangkang terutama DAP. Usaha mereka dengan tegas meminta supaya kalimah Allah digunakan dalam bible Bahasa Melayu dilihat bertujuan untuk agenda menyebarkan agama kristian dikalangan orang-orang Islam. Penglibatan PAS dan PKR didalam Pakatan Rakyat menunjukkan mereka turut bersama didalam usaha ini. Kesan kemudharatan ini dalam jangka panjang, berpotensi besar menyebabkan ummat Islam murtad.

Sedangkan memelihara aqidah itu adalah perkara paling utama didalam agama ini. Segala lubang fitnah yang menjurus ke arah merosakkan aqidah, sewajibnya ditutup serapat-rapatnya.

Sepertimana yang dikatakan oleh Dato' Dr. Haron Din,

"Menyokong bermakna bersetuju, membantu dan menolong. '(Firman Allah) Dan bertolong-tolonganlah kamu pada perkara yang mendatangkan kebajikan kepada kamu dan ketaqwaan kepada Allah SWT.  Dan jangan kamu tolong (sokong, bantu) perkara yang mendatangkan dosa dan permusuhan.' Kalau kita sokong penggunaan (kalimah) Allah ini untuk orang-orang kristian katolik, mereka nak buat apa dengan (kalimah) Allah ini? nak mengesakan Allah, atau nak mensyirikkan Allah SWT?  Saya kata syirik. Dan syirik ini satu kezaliman yang cukup besar."

"Tolong (dalam perkara syirik) tidak boleh, membawa kepada dosa. Bantu (dalam perkara syirik) tidak boleh, membawa kepada dosa... perkara yang membawa kepada dosa besar, jangan kamu tolong"



Bermakna, jika kita menyokong PR, kita menyokong penggunaan kalimah Allah didalam bible. Bermakna kita menyokong dan membantu didalam perkara yang boleh membawa kepada syirik yang merupakan dosa besar yang tidak terampun di sisi Allah.

Maka berdasarkan hujah ini, fatwa wajib mengundi BN dan haram mengundi PR  adalah valid sebagaimana yang kita boleh fahami dari penerangan diatas.

PR seperti yang kita tahu, tetap berpegang kepada keputusan bersama mereka untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah didalam bible bahasa melayu.






Monday, 18 February 2013

PKR Membenarkan Murtad?


Adakah benar PKR membenarkan orang Islam untuk murtad dari Islam?

(minit 0:47) Apabila ditanya, "Jadi dia (Lina Joy) sepatutnya dibenarkan untuk menjadi kristian?" Anwar Ibrahim menjawab, "Itu adalah hak dia".





(minit 1:20) Apabila ditanya, "Bagaimana dengan kebebasan beragama?" Anwar menjawab,
"Ya, kebebasan beragama. Yang dimaksudkan, kebebasan mengamalkan kepercayaan, mempercayai apa sahaja dan kebebasan beragama. Kita sangat komited tentang perkara itu. Sebab itu dalam hal murtad dan pertukaran agama, kita menetapkan posisi kita didalam perkara ini dengan sangat jelas. Iaitu isu tentang kepercayaan peribadi atau kepercayaan beragama hendaklah diputuskan oleh setiap individu itu sendiri, bukan oleh negara atau proses undang-undang."

 



(minit 2:14) "...Jelas, orang bukan Islam, kalau dia nak memeluk agama Islam, syahadah saja, selesai. Tetapi, mengikut peraturan dalam negara, dia mesti rujuk kepada Jabatan Agama. Jabatan Agama akan sahkan, betul dia tahu syahadah, betul dia tahu Fatihah, betul dia tahu solat. Kemudian, beri sijil. Maknanya proses itu melalui Jabatan Agama. Orang yang nak memilih, nak isytiharkan dia keluar dari Islam, saya katakan harus ikut proses yang sama. Mengapa harus dipertikai? Kita tak pertikai dia masuk ikut proses ini, dia keluar pun ikut proses ini. Itu yang merujuk kepada Perkara 11. Jadi soal Perkara 11 itu tidak ada percanggahan sebenarnya dengan pendirian Islam sebagai Agama Persekutuan, dan kedudukan dan hak dan kedaulatan masyarakat Islam dan juga hak bukan Islam di negara kita ..."







Jawapan Nurul Izzah:




Pandangan Tuan Guru Haji Hadi mengenai undang-undang murtad:



Rujukan-rujukan lain berkenaan peruntukan undang-undang murtad dibawah kuasa Mahkamah Syariah:

http://www.loyarburok.com/wp-content/uploads/2012/02/Submissions-of-3rd-Respondent.pdf
http://zulkiflihasan.files.wordpress.com/2008/11/murtad-perspektif-undang2-malaysia.pdf


Sememangnya diakui bahawa undang-undang yang ada di negara kita bagi menyekat gejala murtad masih longgar dan masih perlu diperbaiki dan dikuatkan. Namun, dengan menyebut dan menekankan peruntukan perlembagaan Perkara 11 semata-mata tanpa menyebut bidang kuasa yang ada pada Mahkamah Syariah, adalah satu pendekatan yang merugikan Islam dan ummat Islam. 

Sepatutnya PAS sebagai parti yang melaungkan dirinya sebagai parti Islam dan pejuang Islam, secara jelas dan tegas menegur Anwar dan Nurul Izzah dalam hal ini. Namun oleh kerana PAS sudah 'bertahalluf' dengan PKR dan DAP, maka pendekatan berdiam diri telah diambil.

Tentunya undang-undang murtad ini dapat diperkemas dan dikukuhkan lagi, Insyaallah, jika PAS bersama-sama dengan UMNO/BN berganding bahu untuk memperbaiki undang-undang murtad ini, dan juga undang-undang lain yang melibatkan kepentingan Islam dan ummat Islam di negara kita. Namun perpaduan yang dihulur oleh UMNO telah ditolak oleh PAS.

Rasanya tidaklah keterlaluan jika disimpulkan bahawa sememangnya PKR sengaja meng'highlight'kan kelemahan yang ada didalam perlembagaan dan undang-undang seperti isu murtad ini, bertujuan untuk meraih sokongan politik dari golongan bukan Islam.



Firman Allah SWT:

وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُوْلَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَأُوْلَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Dan sesiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya (Islam) lalu dia mati sedang dia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian rosak binasalah amal usahanya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya. [al-Baqarah 2:217]



Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:  
مَنْ بَدَّلَ دِينَهُ فَاقْتُلُوهُ   
Sesiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia.
[Hadith Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 6922 (Kitab Istitabah al-Murtaddin… Bab hukum lelaki yang murtad dan wanita yang murtad)]


Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

لاَ يَحِلُّ دَمُ امْرِئٍ مُسْلِمٍ يَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلاَّ بِإِحْدَى ثَلاَثٍ: النَّفْسُ بِالنَّفْسِ وَالثَّيِّبُ الزَّانِي وَالْمَارِقُ مِنْ الدِّينِ التَّارِكُ لِلْجَمَاعَةِ



Tidak dihalalkan darah seorang muslim yang bersaksi bahawasanya tiada tuhan selain Allah dan bahawasanya aku adalah Rasulullah melainkan salah satu dari tiga perkara:

Membunuh, penzina yang sudah bernikah dan orang yang meninggalkan agamanya serta memisahkan diri dari jamaah (umat Islam).
[Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 6878 (Kitab al-Diyat, Bab firman Allah: “Jiwa dibalas dengan jiwa”)]



Sunday, 17 February 2013

Nasihat Habib Umar Hafizohullah


Mutiara kata dari Habib Umar buat penenang hati dan penyejuk jiwa ummat Islam di Malaysia 

Tahalluf Siyasi versi PAS dan UMNO

PAS menyandarkan kerjasama politik mereka dengan PKR dan DAP atas nama Tahalluf Siyasi. 

Merujuk kepada
http://kias.edu.my/tahalufsiasi08.htm,

'Tahaluf Siyasi membawa makna kerjasama harakah Islam dengan mana-mana pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya. Kerjasama ini boleh terjadi di dalam apa jua bidang yang dipersetujui bersama untuk sama-sama menghadapi musuh yang sama. Tahaluf Siyasi juga kemungkinan boleh berlaku dengan gerakan yang pernah atau berpotensi untuk menentang ideologi harakah Islam. Dalam suasana hari ini, tahaluf siyasi yang dimaksudkan juga termasuk kerjasama dengan golongan bukan Islam untuk menghadapi musuh yang sama.'


Hukum bertahaluf siyasi ini, ada ulama' mengatakan haram seperti Sheikh Muhammad Qutb dan al-Syeikh al-Imam Abu Nasr Muhammad bin Abdullah . Ada pula Ulama' mengatakan harus, seperti Dr Yusuf al-Qaradhawi , Dr Mustoffa al-Tohhan , al-Syeikh Muhammad Ahmad al-Rasyid , Doktor Solah al-Showi dan Doktor Munir Ghahdban .

Yang dapat difahami melalui sejarah, secara umumnya Nabi bertahaluf dengan golongan kafir yang zimmi seperti yahudi, bani Khaza'ah (yang sebahagiannya juga adalah orang Islam) dan individu seperti Abu Talib dan Mut'im bin Adi. Ini bertujuan untuk berhadapan dengan golongan kafir harbi yang bertujuan untuk menghancurkan Islam.

Sedangkan didalam konteks BN vs. PR, PAS bertahaluf dengan PKR dengan DAP untuk menentang BN yang dikuasai oleh parti orang Islam UMNO. Sezalim manapun UMNO, katakan, seperti yang didakwa oleh PAS/PR, UMNO tetap orang-orang Islam yang merupakan ahli kiblat (kecuali jika amanat Hj Hadi menjadi pegangan mereka, maka UMNO dianggap kafir). Maka bagaimanakah konsep tahaluf ini boleh teraplikasi dalam hal menentang orang-orang Islam sendiri.

Kemudiannya, dipersoalkan juga, adakah PKR dan DAP lebih baik 'Islam'nya jika dibandingkan dengan UMNO? Bukankah DAP secara terang-terangan mempunyai dasar yang merugikan Islam dan ummat Islam di negara ini? Mengikut syarat bertahaluf  (seperti didalam artikel diatas), 

'...menjadi satu keharusan jamaah Islam untuk mendapat perlindungan (atau bantuan) daripada orang yang bukan Islam demi mencapai matlamat perjuangannya. Namun ia tidaklah sampai kepada peringkat tunduk dan patuh sehingga menggadaikan perjuangannya.' 

Bukankah telah nyata kepada kita bahawa PAS sendiri merupakan parti minoriti didalam PR, dan jelas bahawa banyak isu-isu semasa menunjukkan ketundukan PAS terhadap kehendak DAP? Bukankah maknanya ini telah melanggar syarat tahaluf?

Manakala kerjasama UMNO-MCA-MIC selama ini telah dicerca oleh PAS dengan mengatakan haramnya bekerjasama dengan parti kafir dan seumpamanya. Mengapa PAS tidak bersangka baik dan melihat kerjasama UMNO-MCA-MIC juga merupakan tahaluf siyasi yang diijtihadkan oleh ulama' harakah yang menyokong UMNO? Mengapa apabila UMNO bertahaluf dengan MCA/MIC, fatwa haram diambil, manakala bila PAS bertahaluf dengan PKR/DAP, fatwa harus pula yang diambil? Mengapa wujud double standard dalam hal ini? Kalau bukan kerana sebab politik?

Dan jelas bahawa UMNO merupakan parti tunjang didalam Barisan Nasional, dan isu-isu yang menyentuh kepentingan Islam dan ummat Islam berjaya dipertahankan oleh UMNO selama ini. Kedominanan UMNO didalam BN adalah jelas, tidak seperti PR yang dominannya ialah DAP dan PKR berbanding PAS.

Oleh kerana lemahnya PAS didalam PR inilah, menyebabkan ramai tokoh-tokoh PAS dan gerakan Islam lainnya berpendapat tahaluf siyasi didalam PR ini haruslah dihentikan, kerana ia jelas merugikan Islam dan ummat Islam di Malaysia.

Pandangan al-Fadhil Ustaz Faiz Hafizohullah mengenai tahalluf siyasi PAS, sebagaimana yang dirujuk kepada pandangan Syaikh Abdul Qadir Mandili mengenai politik Islam:





Pandangan ISMA terhadap tahalluf siyasi PAS:




Ustaz Nasharudin ialah diantara mereka yang bertanggungjawab didalam memulakan perbincangan mengenai  tahalluf siyasi ini dengan para ulama' harakah yang terkenal...



Namun setelah beberapa tempoh, Ustaz Nasharudin melihat bahawa banyak syarat-syarat tahalluf telah dilanggar oleh parti PAS. Diantaranya, jangan mudah PAS melunturkan dasar-dasar Islamnya, dan jangan dibuka ruang kepada pihak yang 'ditahalluf' untuk mereka 'mengusik' atau 'mencubit' Islam. Malangnya, perkara-perkara ini telah berlaku. Oleh itu Ustaz Nasharudin menyarankan agar tahalluf dengan PKR-DAP ini harus di kaji semula.


Malangnya, atas sebab teguran Ustaz Nasharudin dalam isu tahalluf ini (dan isu-isu lain seperti kerajaan perpaduan), akhirnya Ustaz Nasharudin telah dipecat dari majlis Syura PAS, walaupun pemecatan beliau atas alasan yang lain seperti yang dikatakan oleh pimpinan PAS.

Kesimpulannya, 'tahaluf siyasi' UMNO-MCA-MIC dan perti komponen BN lainnya adalah lebih selamat dan menguntungkan dan berupaya untuk memelihara kepentingan Islam dan ummat Islam di Malaysia kerana kedominanan UMNO  didalam BN.  Manakala tahaluf PAS-PKR-DAP adalah sangat meragukan dan berpotensi merugikan Islam dan ummat Islam kerana lemahnya PAS didalam kerjasama ini dan dominannya DAP dan PKR mengatasi PAS didalam PR.


Doa KO Terhadap Sesama Islam


Didalam adab berdoa, hendaklah kita sentiasa memohon kebaikan dan kesejahteraan dan taufik hidayat dari Allah Taala bagi setaip kaum muslimin dan mukminin, yang masih hidup atau yang telah kembali kepada Allah.

Dari Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah dipinta untuk mendoakan keburukan kepada orang-orang Musyrik. Maka Baginda SAW telah bersabda: Aku tidak diutus sebagai seorang pelaknat, aku diutus hanya sebagai rahmat. (HR Muslim)

Daripada Abdullah r.hu berkata ,”Seolah-olah aku sedang melihat Rasulullah menceritakan peristiwa seorang nabi yang dipukul oleh kaumnya,hingga berlumuran darah,beliau (nabi tersebut) menyapu darah dari mukanya dan berkata:Wahai Allah, Ampunilah kaumku ,kerana mereka tidak tahu, (peristiwa ini berlaku sendiri kepada Nabi saw ketika peperangan Uhud”.(Hadith riwayat Bukhari).

Abu Hurairah ra meriwayatkan, bahawa Nabi SAW bersabda: Setiap nabi mempunyai doa yang mustajab. Maka setiap nabi bersegera memanfaat doa itu. Tetapi aku menyimpankan doa itu sebagai penolong untuk umatku pada Hari Kiamat. (riwayat Muslim dalam kitab al Iman)

Dari Jabir r.a berkata bahawa para sahabat telah berkata: ya Rasulullah! Anak-anak panah khabilah Thaqif telah memusnahkan kita, Tuan doakan keburukan terhadap mereka. Baginda SAW bersabda: Ya Allah! Berilah hidayah kepada kabilah Thaqif! (HR Tirmizi)

Diriwayatkan oleh al-Bazzar daripada Aisyah berkata: Tatkala saya melihat Nabi SAW berada dalam keadaan baik, saya berkata, "Wahai Rasulullah! Doakanlah untuk saya." Rasulullah SAW pun mendoakan, "Ya Allah! Ampunilah dosa Aisyah yang terdahulu dan yang terkemudian, yang tersembunyi dan yang terang." Mendengarnya, Aisyah ketawa gembira sehingga kepalanya jatuh ke ribanya kerana terlalu gembira. Lalu Rasulullah SAW bersabda, "Adakah doa saya menggembirakan kamu?" Aisyah menjawab, "Kenapa tidak, saya begitu gembira dengan doamu itu?" Rasulullah SAW bersabda, "Demi Allah! Inilah doa yang saya panjatkan untuk umat saya dalam setiap solat."

Sedangkan terhadap orang kafir pun Nabi doakan petunjuk hidayat kepada mereka, dan Nabi memohon keampunan kepada mereka yang menganiayai baginda. Apatah lagi terhadap sesama orang beriman, nabi SAW menyimpan doa baginda yang khas untuk ummatnya di akhirat kelak.



Tetapi, alangkah sedihnya kita kerana doa yang dibuat oleh PAS kepada UMNO ini sebegitu sekali bunyinya.




Perkara doa sebegini tentunya sama sekali tidak dipersetujui oleh orang-orang Islam, hatta oleh mereka yang tidak berpolitik sekali pun.




Bagaimana respon pemimpin UMNO/BN mengenai doa ini?



Siapakah yang lebih menghampiri Sunnah didalam hal ini?


Walaupun dikatakan bahawa doa KO ini ditujukan kepada parti UMNO dan bukannya kepada ahli UMNO, dengan alasan bahawa ahli UMNO boleh masuk PAS setelah KOnya parti UMNO, namun alasan ini tidak dapat diterima.

Adakah kita dapat menerima misal kata rakyat Indonesia mendoakan KO kepada negara Malaysia, dengan harapan dan alasan supaya rakyat Malaysia akan menjadi warganegara Indonesia setelah KOnya negara Malaysia?

'Amanat Haji Hadi' masih Valid?

Perkara yang paling bahaya yang pernah dilakukan oleh pihak PAS ialah mengkafirkan UMNO. Atas sebab inilah pihak Majlis Agama Islam Kelantan mengeluarkan fatwa pada tahun 1981, seperti dibawah:




Terjemahan fatwa ke dalam tulisan rumi:


15 Jamadil-Akhir 1401-20 Februari 1981

مجلس اوڬام اسلام دان عادة استعادة ملايو كلنتن
  
Keputusan Jemaah Ulama Mengenai Masalah Kafir-mengkafir. 

Pada masa akhir-akhir ini terdapat beberapa golongan umat Islam yang telah mengeluarkan fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat mengenai masalah agama yang sangat mengelirukan serta membawa kepada perbahasan di kalangan umat Islam khasnya di Negeri Kelantan.

Di antara masalah yang telah dikeluarkan pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa ialah seperti berikut :-

1)Tidak sah sembahyang dibelakang imam orang Barisan
(UMNO- Barisan Nasional).

2) Haram dimakan daging binatang sembelihan orang 
Barisan (UMNO- Barisan Nasional) kerana tidak sah
sembelihannya.

3) Terfasakh nikah di antara suami isteri orang Barisan
(UMNO- Barisan Nasional) dengan orang bukan Barisan 
(UMNO- Barisan Nasional).

4)Tidak sah akad nikah oleh imam dari golongan Barisan 
(UMNO- Barisan Nasional).

5) Kena diperbarui nikah yang diaqadkan oleh imam dari
Barisan (UMNO- Barisan Nasional).

6) Tidak boleh ditanam mayat orang Barisan 
(UMNO- Barisan Nasional) di perkuburan Islam.

7) Orang Barisan (UMNO- Barisan Nasional) mati tidak
boleh disembahyangkan ke atasnya kerana murtad dan
mereka juga tidak boleh sembahyangkan ke atas mayat 
orang Pas.

8) Orang Barisan (UMNO- Barisan Nasional) tak payah
sembahyang,puasa,naik haji kerana tidak diterima oleh 
Tuhan amalan itu daripada mereka.

Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan dan Pejabat Mufti Kerajaan Kelantan telah menerima banyak surat yang telah dihantar oleh orang ramai mengenai masalah fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat ini dan banyak menerima laporan mengenai kedudukan masyarakat islam di negeri ini dari pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa yang disebarkan itu.

Oleh kerana kesan daripada pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa ini sangat besar bahayanya kepada perpaduan umat Islam maka jemaah ulama telah mengadakan suatu mesyuarat khas yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Sohibul-Fadilah Dato' Mufti Kerajaan Kelantan dan dihadiri oleh semua jemaah ulama yang terdiri dari :-

1) Yang Berbahagia Dato' Haji Ismail Bin Haji Yusoff - 
Timb.Mufti Kerajaan Kelantan.

2) Al-Fahdil Tuan Hj Abd Aziz bin Hj.Abu Bakar - 
Pondok Terusan,Pasir Tumbuh.

3) Al-Fahdil Tuan Hj Abul Ghani bin Awang Chik - 
Pondok Kubang Bemban,Pasir Mas.

4) Al-Fahdil Tuan Hj Mohamad bin Hj Yusoff- 
383 Jalan Atas Banggol.Kota Baru.

5) Al-Fahdil Tuan Hj Hassan bin Hj Ismail - 
Maahad Muhammadi,Kota Baru.

6) Al-Fahdil Tuan Hj Abdullah bin Hj.Abd Rahman - 
Pondok Lubuk Tapah,Pasir Mas.

7) Al-Fahdil Tuan Hj Hasbullah bin Hj. Mohd Hassan - 
Iman Besar Masjid Muhammadi.

8) Al-Fahdil Tuan Hj Hassan bin Hj.Idris - 
Penolong Pengarah Yayasan Sekolah Agama Kelantan 
(JASA) Lundang,Kota Baru.

Mesyuarat khas itu telah membahaskan perkara-perkara yang tersebut di perenggan 2 di atas serta juga ceramah-ceramah yang disalin ke dalam kaset-kaset atau pita rakaman berhubung dengan fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat tersebut itu dan mengambil keputusan bahawa :-

"SETELAH MEMBAHAS MENGENAI PERKARA-PERKARA TERSEBUT DENGAN BERALASAN KEPADA KITAB-KITAB TAFSIR DAN KITAB-KITAB TAUHID KARANGAN ULAMA' YANG MUKTABAR,MAKA DENGAN SEBULAT SUARA JAMAAH ULAMA' MEMBUAT KEPUTUSAN BAHAWA KELAPAN-LAPAN PERKARA YANG TERSEBUT ADALAH TIDAK BENAR DAN BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM,SERTA SANGAT MENDATANGKAN BAHAYA TERHADAP AQIDAH ISLAMIAH DAN PERPADUAN ORANG-ORANG ISLAM"

Oleh yang demikian Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan memberi nasihat kepada orang ramai supaya jangan terkeliru dengan pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa yang menyeleweng serta menyesatkan umat islam yang dibuat oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawap.

Sekian dan diharap mendapat perhatian semua lapisan umat islam dinegeri ini.

(Dato' Hj Wan Mohamed bin Yusuf )
b/p Yang Dipertua.
Di Pejabat Agama Islam Kelantan,Kota Baru,Pada 15 Jamadil Akhir 1401.


Fatwa diatas tentunya tidak sewenang-wenangnya dikeluarkan oleh MAIK jika tidak berlaku isu kafir-mengkafir ini sebelumnya, terutama yang dikatakan oleh pihak PAS kepada UMNO.



Namun beberapa bulan selepas fatwa ini dikeluarkan, Tuan Guru Haji Hadi (TGHH) telah memberi ceramah yang terkandung didalamnya perkara-perkara yang diambil sebagai 'amanat' beliau, yang kemudiannya telah dicetak dan disebarkan kepada masyarakat. Sila rujuk 

http://ms.wikipedia.org/wiki/Amanat_Haji_Hadi




Terjemahan dalam tulisan rumi:


Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masukBuddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.

Oleh kerana itu, majlis Fatwa Kebangsaan pula, pada tahun 1984, telah mengeluarkan fatwa bahawa amanat Haji Hadi adalah bertentangan dengan Islam.

27 Safar 1405-21 November 1984

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 21 November 1984 telah membincangkan mengenai isu kafir mengkafir sesama orang Islam. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:

1.     Bahawa jika ada tuduhan atau anggapan oleh ahli atau penyokong PAS atau oleh sesiapa jua bahawa ahli UMNO, pemimpin atau pegawai Kerajaan  yang beragama Islam sebagai kafir atau sebaliknya iaitu ahli-ahli UMNO, pemimpin atau pegawai Kerajaan yang beragama Islam menuduh pemimpin atau ahli-ahli PAS kafir, adalah tidak benar sama sekali dan sia-sia. Oleh yang demikian ahli-ahli UMNO atau sesiapa jua yang mengucap Dua Kalimah Syahadah adalah tetap orang Islam selagi tidak dihukum murtad oleh pihak berkuasa agama Islam Malaysia.

2.     Sesiapa yang membuat tuduhan atau anggapan bahawa ahli-ahli UMNO, pemimpin atau pegawai Kerajaan atau sesiapa juga yang beragama Islam sebagai kafir, maka perbuatan itu adalah haram dan hendaklah bertaubat kepada Allah. Perbuatan itu hendaklah diberhentikan dengan serta merta.

Kemudiannya, sekali lagi majlis Fatwa Kebangsaan mewartakan fatwa pada tahun 2002 bagi menekankan kenyataan bahawa amanat Hj hadi adalah bercanggah dengan Islam.

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/amanat-haji-abdul-hadi-0


15 Jamadil-Awal 1423-24 Julai 2002
Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2002.
Amanat Haji Abdul Hadi
Tarikh Keputusan: 
24 Jul, 2002
Keputusan:

1. Bahawa Amanat Tuan Guru Haji Abdul Hadi adalah -
(a) bercanggah dari segi ajaran Islam;
(b) bercanggah dengan kepentingan masyarakat Islam dan kemuliaan Agamanya; dan
(c) bercanggah dengan prinsip dakwah Islamiah.
2. Mana-mana orang Islam adalah dilarang -
(a) menyebar, mengajar, mempelajari dan mengamalkan amanat tersebut; dan
(b) menjual, mencetak, mengedar, membeli atau memiliki amanat tersebut.

Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
25 Jul, 2002
Nombor Rujukan: 
PMM/0020 Jld.4 (61)
Akta/Enakmen: 
M.P.U. 13


Ini bermakna, fahaman yang ada pada (mungkin didalam segolongan) ahli dan penyokong PAS, iaitu UMNO ini kafir, sebenarnya telah lama wujud. Cuma amanat Hj Hadi ini mem'formal'kan fahaman ini, dan ia berterusan sehingga menyebabkan Majlis Fatwa negeri Kelantan dan Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa menyatakan bercanggahnya amanat ini dengan ajaran Islam.

Kita tidak pernah, atau belum pernah mendengar TGHH menarik balik fatwa ini. Beliau pun tidak pernah mengatakan mana-mana pandangan terbaru mengenai status 'kekafiran' UMNO ini, sekurang-kurangnya untuk dijadikan alasan kepada kita membatalkan amanatnya pada 1981 itu. Dengan kata lain, amanat ini masih valid sehingga ke hari ini.

Pentafsiran amanat ini pun boleh dibahaskan. Walaupun ada pihak PAS cuba untuk mengelak dengan mengatakan bahawa tuduhan kafir oleh PAS kepada UMNO hanyalah putar belit UMNO, namun yang jelas amanat itu sendiri dengan jelas menunjukkan perkara ini. Dengan mengatakan isu ini basi pun tidak mencukupi, kerana pada zaman akan datang, mungkin akan ada golongan baru yang bangun menghidupkan semula amanat ini dengan alasan ia tidak pernah di gugurkan oleh TGHH sendiri. Maka sebenarnya isu ini belum boleh ditutup begitu sahaja kerana ia belum selesai.

Desakan TGHH untuk membuat penerangan didalam media massa seperti RTM dan TV3 secara langsung selama sejam, dilihat lebih kepada strategi politik berbanding dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah perbezaan pandangan dari sudut kepentingan aqidah ummat Islam. Jika TGHH benar-benar ikhlas, beliau boleh saja membuat penerangan dengan saluran yang lain-lain yang tidak kurang pentingnya pada zaman IT sekarang ini, seperti melalui akhbar PAS Harakah, atau media massa PR, atau Youtube, Facebook, blog dan sebagainya. Namun penerangan ini tidak pernah dibuat sepanjang pengetahuan kita.

Ini adalah perkara aqidah. Kita tidak boleh memandang enteng perkara pokok didalam agama ini. Janganlah semata-mata kerana beza fahaman politik, kita sanggup mengkafirkan orang lain. Ini sangat-sangat berbahaya kepada dunia & akhirat kita.

Jika PAS diberi mandat untuk berkuasa, ada potensi untuk amanat TGHH ini dilaungkan semula. Sedangkan dalam keadaan belum berkuasa pun pihak PAS begitu kuat hendak mempertahankan amanat ini walau telah dikeluarkan fatwa mengenainya, apatah lagi jika ditakdirkan mendapat kuasa. 

Tindakan memandang enteng fatwa MAIK dan Majlis Fatwa Kebangsaan oleh PAS juga memberi imej seolah-olah majlis-majlis tersebut tidak perlu dihormati dan diambil berat fatwanya. Ini tentunya boleh menghilangkan rasa hormat masyarakat kepada alim ulama' yang menjalankan tugas mereka, semata-mata kerana mereka tidak sealiran dengan pendapat PAS yang disokong mereka.

Kepada golongan yang memikirkan perkara ini dengan fikiran yang tenang, marilah kita sama-sama menilai bagaimana sikap PAS didalam hal kafir-mengkafir ini. Bagaimana mungkin kita boleh sanggup melihat ada dikalangan kita sesama ummat Islam dikafirkan kerana semata-mata berbeza pandangan politik, dan dalam masa yang sama kita memberi amanah kuasa kepada si pengkafir, tanpa mereka mempunyai asas dalam tuduhan kafir itu.

Semoga Allah menyelamatkan kita dari ancaman dan budaya kafir mengkafir ini.

TGNA berfahaman mujassimah?

Fahaman mujassimah secara ringkasnya ialah fahaman aqidah sesat yang mengatakan Allah mempunyai jisim.   Fahaman ini menjadikan seolah-olah Allah itu serupa dengan makhluk. Misalnya Allah mempunyai tangan, kaki, mata, telinga, boleh duduk. Fahaman ini ditolak oleh Ahlus Sunnah wal Jamaah. Perkara ini dikupas dengan terperinci di

http://ustazsyedfaiz.blogspot.co.uk/2012/11/hukum-tajsim-tasybih-ahlussunnah-wal.html

Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) mengatakan bahawa Allah duduk bersila lendik di atas arasy, cuma caranya tidak sama dengan cara manusia.



Perkara ini telah dibahaskan secara panjang lebar oleh alim ulama' Ahlus Sunnah wal Jamaah.

Al-Fadhil Ustaz Syed Ahmad Faiz Hafizohullah menolak pandangan yang mengatakan Allah duduk bersila lendik di atas arasy.



Al-Fadhil Ustaz Fadhli al-Yamani adalah ustaz yang mempunyai hubungan rapat dengan alim ulama' dari Yaman yang berpegang teguh dengan fahaman Ahlus Sunnah wal jamaah Aqidah al-Asy'ari dan Feqh Syafi'i dan Tasawwuf Ba'alawi. Al-Fadhil ustaz Hafizohullah mengatakan bahawa sifat istiwa' Allah yang dikatakan sebagai duduk diatas arasy, adalah salah dan bersalahan dengan aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah.





Bahkan, kebanyakan alim ulama' Ahlussunnah wal Jamaah dari golongan pondok di pantai timur tanah air, Ulama' Fathoni dan Indonesia dengan jelas menolak fahaman Allah duduk bersila lendik di aatas arasy dan fahaman ini bukanlah dari ajaran Ahlus Sunnah wal Jamaah.

Pandangan al-Fadhil Ustaz Fuad pondok moden Kandis:



Pandangan Taun Guru Syaikh Nuruddin al-Banjari Hafizohullah:


Dan himpunan beberapa pandangan ulama' lain melalui ceramah dan tulisan didalam kitab:




Kesimpulannya, perkara duduknya sila lendik Allah diatas kursy arasy adalah perkara yang sangat sensitif untuk dibincangkan secara umum kerana ia melibatkan soal yang paling pokok didalam agama iaitu aqidah. Silap bicara, boleh merosakkan aqidah. Oleh sebab itulah, para alim ulama' tidak membincangkan secara umum mengenai perkara ini kerana boleh menimbulkan kesalahfahaman dikalangan orang awam. Apatah lagi TGNA cenderung kepada pendapat yang mendatangkan kontroversi dikalangan para alim ulama'. Perselisihan ini sangat tidak sesuai jika dibuka untuk perbincangan umum.

Dari segi politik, pandangan TGNA boleh dikatakan berbahaya kerana ia berpotensi membawa orang awam yang fanatik kepada PAS kepada mengkafirkan golongan Ahlus Sunnah wal Jamaah kerana mereka tidak sependapat dengan TGNA.

Sayugianya, TGNA janganlah menyentuh isu sila lendik ini didalam ceramah umum beliau. Jika beliau berterusan dengan pegangan dan sikap sebegini, apatah lagi jika PAS berkuasa nanti (misalnya), maka tentulah perkara ini akan menimbulkan kontroversi pada skala yang lebih besar dan boleh membawa mudharat yang lebih parah kepada ummat Islam.

Sedangkan kerajaan UMNO/BN tidak membincangkan isu-isu sensitif sebegini secara terbuka bagi mengelak berlaku huru-hara dikalangan masyarakat. Pemimpin UMNO/BN secara hikmah menyerahkan perkara ini kepada golongan yang pakar didalam Ahlus Sunnah wal Jamaah untuk menanganinya. 

Adab menyerahkan perkara tertentu kepada ahlinya, sebenarnya adalah sunnah para sahabat. Masing-masing mereka mempunyai kepakaran yang tertentu. Ada yang menjadi pemimpin politik seperti para khalifah, ada yang menjadi panglima perang, ada yang menjadi ahli qira'at, ada yang pakar dalam bidang hadith, pakar tafsir dan sebagainya. Bukanlah maknanya bila seorang itu dipanggil ulama', bermakna dia mesti mahir dalam semua bidang.

Sebab itulah didalam permasalahan sebegini, kaedah pentadbiran kerajaan UMNO/BN (walau kita tidak menafikan ada wujud kelemahan disana sini) adalah lebih sesuai dan menghampiri dengan apa yang dibuat oleh para sahabat r.anhum. Berbanding dengan PAS yang seolah-olah mengatakan bahawa merekalah tahu semua dan menolak pandangan ulama' lain, baik dalam isu politik, isu aqidah atau yang lain-lain.


Menolak Maulid secara Berlebihan

Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) menolak amalan Maulid Nabi SAW kerana Nabi Muhammad serupa dengan 'mamat-mamat ' kampung lain semasa kecil baginda.





Bahkan TGNA mengatakan sambutan Maulid Nabi ini hanyalah untuk meniru orang kristian menyambut kelahiran Jesus.





TGNA berpendapat sebegini, mungkin kerana beliau pernah belajar di madrasah Deoband, India. Aliran Deoband tidak menyambut Maulid Nabi. Namun jika diteliti, aliran Deoband tidaklah menolak Maulid secara total. Penolakan hanyalah jika sambutan Maulid itu disertai dengan perkara-perkara yang melanggari syariat, misalnya berlaku percampuran bukan mahram, periwayatan hadith-hadith palsu, dan hal-hal batil yang seumpamanya.

http://www.deoband.org/2010/02/fiqh/miscellaneous/mawlid-deoband-and-hanafi-fiqh/


Didalam fatwa yang lain, jelas aliran Deoband tidak menolak sambutan Maulid Nabi (walaupun mereka sendiri tidak melakukannya).

http://www.deoband.org/2011/02/fiqh/miscellaneous/al-muhannad-deoband-on-mawlid/

Ini bermakna sambutan Maulid Nabi jatuh ke dalam perkara khilaf dan diperselisihkan.

Namun, boleh dikatakan bahawa sebab-sebab penolakan amalan sambutan Maulid Nabi seperti yang dikatakan oleh TGNA adalah agak melampau, kerana ia melibatkan isu aqidah. Hal ini jelas tidak dipersetujui oleh alim ulama' misalnya oleh al-Fadhil Ustaz Kazim Elias Hafizohullah.



Isu yang ditimbulkan oleh TGNA ialah perlantikan Nabi ke atas Muhammad SAW hanyalah setelah baginda berumur 40 tahun. Sedangkan menurut fahaman Ahlus Sunnah wal Jamaah, Nabi SAW telah dipilih oleh Allah SWT semenjak baginda kecil lagi, malah sebelum itu lagi.

Dalam hadith sohih Muslim (lebih kurang mafhumnya) Sayyidina Umar bertanya kepada Nabi, bilakah baginda dilantik menjadi Rasul? Jawab baginda, Aku ditabalkan menjadi Nabi ketika mana jasad Adam belum jadi air (belum jadi jasad dan ruh).

Perkara Irhas iaitu tanda-tanda sebelum lantikan sebagai nabi, hendaklah diperhatikan dengan sungguh-sungguh. Artikel yang mudah mengenai boleh di lihat misalnya di 

http://tasiaarozakiah.blogspot.co.uk/2011/03/irhas-nabi.html

Isu ini juga disinggung oleh al-Fadil Ustaz Syed Zaiz al-Idrus Hafizohullah.

http://ustazsyedfaiz.blogspot.co.uk/2012/09/sayyiduna-muhammad-saw-manusia-pilihan.html



Melalui kerajaan UMNO/BN, sambutan Maulid Nabi SAW dibuat secara besar-besaran setiap tahun, bahkan diumumkan cuti umum diseluruh negara bagi tujuan ini. Jelas bahawa pegangan Ahlussunnah wal jamaah dan amalan yang sesuai dengannya seperti sambutan Maulid Nabi diperjuang dan dipertahankan oleh kerajaan UMNO/BN.

Seperkara lagi, walaupun kepimpinan UMNO bukanlah terdiri dari alim ulama', namun mereka sentiasa merujuk kepada alim ulama' Ahlus Sunnah wal Jamaah didalam memutuskan perkara-perkara yang berkaitan dengan Islam, misalnya isu Maulid Nabi ini. Manakala kepimpinan PAS mengetepikan pandangan golongan ulama', kerana mereka merasakan bahawa mereka sendirilah yang paling layak mengeluarkan pandangan dan fatwa.

Jika PAS memerintah, adakah mungkin amalan Maulid Nabi ini nanti akan dihapuskan? Jika berpandukan dengan fahaman TGNA, perkara ini tidak mustahuil akan berlaku.

Wahai kaum muslimin yang berpegang kepada fahaman Ahlussunnah wal jamaah. Hendaklah kita mengkedepankan kepentingan Islam di hadapan kita didalam memilih pemimpin yang boleh menentukan jatuh bangunnya agama yang kita pertahankan ini. Janganlah tersilap langkah sehingga menyebabkan kita menyesal tak sudah di kemudian hari.

Syiah Dalam PAS?


Diantara ciri-ciri orang mukmin yang sebenar, ialah tidak melaknat, tidak menuduh dan berkata keji. Rasulullah SAW sendiri mengatakan bahawa baginda tidak diutus sebagai pelaknat, ataupun berteriak-teriak di pasar. Baginda juga bukan pencaci dan bukan pula pelaknat. Begitu juga dengan pengikut baginda dari kalangan Ulama'. Tidak ada diantara mereka pelaknat yang suka melaknat orang. Tidak juga mencaci orang awam, apatah lagi terhadap para Ulama', para Sahabat dan Tabi'in.

Metod yang baik dan benar tidak ada caci maki sama sekali. Nabi tidak diutus untuk mencaci dan memaki. Tidak pula seorang Wali bertugas untuk mencaci atau memaki. Tidak sama sekali berdirinya hakikat ilmu dengan caci maki. Tidaklah berdiri satu mazhab dengan caci maki kecuali mazhabnya iblis. Dan mazhab pengikut iblis di setiap waktu dan masa, selalu mentradisikan caci maki terhadap manusia, melaknat manusia, memancing emosi dan menanam kebencian diantara ummat Islam.

Adapun para Nabi, para Ulama' dan para Wali, mereka menebar kasih, menebar persaudaraan, menebar akhlak, menebar kesucian hati, menebar sikap menghargai, selalu menempati batasan, mengekang hawa nafsu, bersikap sabar dan menahan amarah. Inilah jalan yang ditempuh para nabi, para Wali, para Ulama' dan Sholihin..

Begitu bahayanya fahaman syiah ini, sehingga ia diungkapkan sebagai mazhab Iblis oleh Syaikh Habib Umar bin Hafiz Hafizohullah. Hendaklah diingat bahawa Syaikh Habib bukanlah orang UMNO atau penyokong UMNO. Beliau ialah alim besar dari Hadramaut Yaman, berketurunan ahlulbait, dan menjadi rujukan alim ulama' kita bermazhab Syafi'i di nusantara.




Sekarang PAS membuka pintunya kepada semua golongan manusia yang mengatasnamakan Islam, tak kira apa fahaman dan mazhab, termasuk khawarij atau syiah sendiri.




Nasarudin Tantawi dengan jelas mengatakan bahawa golongan syiah dibenarkan masuk PAS. Dimanakah jaminan yang mengatakan bahawa PAS akan membimbing ahlinya yang bermazhab syiah kepada Ahlussunnah?Atau mungkinkah nanti syiah pula yang akan berkuasa didalam PAS? Perlembagaan PAS sendiri dibuat oleh ahli-ahli PAS. Jika syiah sudah berleluasa didalamnya, maka adakah mustahil untuk menukar perlembagaan PAS dari mazhab Ahlussunnah kepada syiah? Tambahan lagi, suara ulama' pondok sudah semakin tidak kedengaran didalam PAS. Golongan ulama' pun mula disisihkan dari kepimpinan PAS, hinggakan ada golongan pondok sendiri yang berfatwa bahawa undi PAS adalah haram.





Doa KO terhadap UMNO adalah doa laknat. Pembaca doa ialah alim di Kelantan. Kita mohon agar Allah ampunkan kesilapan beliau ini, kerana seolah-olah bentuk perbuatan sebegini mengesahkan bahawa fahaman syiah telah pun masuk bermaharajalela dan berakar umbi didalam PAS, kerana PAS dengan terang mencela dan melaknat sesama Islam, sebagaimana yang dipegang dan diamalkan oleh syiah.


  

Sedangkan kerajaan yang dipimpin oleh UMNO/BN dengan jelas menyekat fahaman syiah dari terus disebar luaskan di bumi Malaysia ini melalui agensi-agensi dan badan penanggungjawab agama seperti Majlis Fatwa Kebangsaan dan JAKIM.

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/syiah-di-malaysia

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1218&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

Rekod mempertahankan fahaman Ahlussunnah wal jamaah oleh kerajaan UMNO/BN ini ternyata terbukti kerana setelah lebih 50 tahun memerintah, fahaman Ahlussunnah tetap berkembang mekar dan kukuh di Malaysia.


Kesimpulannya, jika PAS memenangi pilihanraya, maka kita tidak tahu sama ada syiah dapat terus dibendung penularannya seperti yang dilakukan oleh kerajaan UMNO/BN.  Jika mengikut kaedah feqah,

 درء المفاسد مقدَّم على جلب المصالح
'Menolak mudharat lebih diutamakan dari mengambil faedah'

maka boleh dikatakan bahawa potensi mudarat dan bahaya syiah yang ada didalam PAS  hendaklah ditolak, jika dibandingkan dengan faedah yang boleh didatangkan jika PAS dibenarkan berkuasa.