Kita tahu setakat mana tahap
pemahaman Islam dikalangan orang-orang Islam di Malaysia semenjak merdeka dan tahun-tahun selepasnya. Rata-rata ummat Islam jauh
dari amalan agama, dan kita baru merdeka dari dijajah oleh orang-orang kafir selama ratusan tahun lamanya.
Hudud ada didalam kitab-kitab feqh namun tidak dapat dilihat secara praktis dan kurang difahami oleh masyarakat Islam pada masa itu. Bahkan dunia Islam pun kelam
kerana ketiadaan khilafah sejak 1924, dan banyak negara Islam/Arab sendiri
berteraskan ideologi sekular seperti Turki, Mesir, dan lain-lain. Namun
kegiatan islah dan dakwah dikalangan ummat Islam telah bergerak dengan baik,
Alhamdulillah, dan secara perlahan-lahan tahap kefahaman dan amalan Islam
semakin meningkat dikalangan ummat. Kita lebih cenderung kepada kaedah evolusi
seperti ini, kerana ia menghampiri dengan apa yang berlaku sepanjang dakwah
Nabi di Mekah dan Madinah. Qur’an turun secara beransur-ansur dan syariat juga
diterap didalam amalan ummat secara berperingkat, mengikut kemampuan dan
kesediaan para sahabat pada ketika itu.
Seperkara lagi, kita faham bahawa
dunia hari ini dikuasai barat yang kafir dan membenci Islam. Kita dapat lihat
bagaimana negara-negara Islam yang parti politik berteraskan Islam telah menang
pilihanraya dan ingin melaksanakan undang-undang syari’ah, namun kemudiannya
kerajaan mereka telah di sabotaj oleh barat sama ada secara subversif dalaman,
atau melalui ketenteraan. Bukanlah bermakna kita takut atau cintakan kebendaan
melebihi perintah Allah, namun kebijaksanaan didalam mengatur strategi bagi
melaksanakan perintah Allah perlulah ada dan keadaan politik antarabangsa juga
perlulah diperhatikan. Bukankah perintah Allah juga untuk kita menguatkan
pertahanan dan persenjataan, tentulah termasuk didalamnya kekuatan ekonomi,
teknologi dan ilmu. Dan inilah yang sedang diusahakan oleh kerajaan UMNO/BN
yang memerintah sekarang.
"Dan persiapkanlah dengan segala apa yang yang kalian
miliki dan dari pasukan berkuda yang dapat menggentarkan musuh Allah, musuhmu
dan orang-orang yang selain mereka yang tidak kamu mengetahuinya, tetapi Allah
mengetahuinya. Apa saja yang kamu infaqkan di jalan Allah niscaya akan dibalas
dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dizalimi (dirugikan)". (Al Anfal
: 60).
Benar apa yang dikatakan oleh YB Batu Rakit. Sedangkan rukun Islam yang utama seperti solat, puasa, zakat dan haji, pun ada kelonggaran dan keringanan (yang tersendiri) jika kita kurang mampu untuk mengerjakannya. Apatah lagi perlaksanaan hukum hudud yang memerlukan persiapan dan kesediaan yang sepenuhnya dari pelbagai sudut.
No comments:
Post a Comment