Sunday 17 February 2013

Syiah Dalam PAS?


Diantara ciri-ciri orang mukmin yang sebenar, ialah tidak melaknat, tidak menuduh dan berkata keji. Rasulullah SAW sendiri mengatakan bahawa baginda tidak diutus sebagai pelaknat, ataupun berteriak-teriak di pasar. Baginda juga bukan pencaci dan bukan pula pelaknat. Begitu juga dengan pengikut baginda dari kalangan Ulama'. Tidak ada diantara mereka pelaknat yang suka melaknat orang. Tidak juga mencaci orang awam, apatah lagi terhadap para Ulama', para Sahabat dan Tabi'in.

Metod yang baik dan benar tidak ada caci maki sama sekali. Nabi tidak diutus untuk mencaci dan memaki. Tidak pula seorang Wali bertugas untuk mencaci atau memaki. Tidak sama sekali berdirinya hakikat ilmu dengan caci maki. Tidaklah berdiri satu mazhab dengan caci maki kecuali mazhabnya iblis. Dan mazhab pengikut iblis di setiap waktu dan masa, selalu mentradisikan caci maki terhadap manusia, melaknat manusia, memancing emosi dan menanam kebencian diantara ummat Islam.

Adapun para Nabi, para Ulama' dan para Wali, mereka menebar kasih, menebar persaudaraan, menebar akhlak, menebar kesucian hati, menebar sikap menghargai, selalu menempati batasan, mengekang hawa nafsu, bersikap sabar dan menahan amarah. Inilah jalan yang ditempuh para nabi, para Wali, para Ulama' dan Sholihin..

Begitu bahayanya fahaman syiah ini, sehingga ia diungkapkan sebagai mazhab Iblis oleh Syaikh Habib Umar bin Hafiz Hafizohullah. Hendaklah diingat bahawa Syaikh Habib bukanlah orang UMNO atau penyokong UMNO. Beliau ialah alim besar dari Hadramaut Yaman, berketurunan ahlulbait, dan menjadi rujukan alim ulama' kita bermazhab Syafi'i di nusantara.




Sekarang PAS membuka pintunya kepada semua golongan manusia yang mengatasnamakan Islam, tak kira apa fahaman dan mazhab, termasuk khawarij atau syiah sendiri.




Nasarudin Tantawi dengan jelas mengatakan bahawa golongan syiah dibenarkan masuk PAS. Dimanakah jaminan yang mengatakan bahawa PAS akan membimbing ahlinya yang bermazhab syiah kepada Ahlussunnah?Atau mungkinkah nanti syiah pula yang akan berkuasa didalam PAS? Perlembagaan PAS sendiri dibuat oleh ahli-ahli PAS. Jika syiah sudah berleluasa didalamnya, maka adakah mustahil untuk menukar perlembagaan PAS dari mazhab Ahlussunnah kepada syiah? Tambahan lagi, suara ulama' pondok sudah semakin tidak kedengaran didalam PAS. Golongan ulama' pun mula disisihkan dari kepimpinan PAS, hinggakan ada golongan pondok sendiri yang berfatwa bahawa undi PAS adalah haram.





Doa KO terhadap UMNO adalah doa laknat. Pembaca doa ialah alim di Kelantan. Kita mohon agar Allah ampunkan kesilapan beliau ini, kerana seolah-olah bentuk perbuatan sebegini mengesahkan bahawa fahaman syiah telah pun masuk bermaharajalela dan berakar umbi didalam PAS, kerana PAS dengan terang mencela dan melaknat sesama Islam, sebagaimana yang dipegang dan diamalkan oleh syiah.


  

Sedangkan kerajaan yang dipimpin oleh UMNO/BN dengan jelas menyekat fahaman syiah dari terus disebar luaskan di bumi Malaysia ini melalui agensi-agensi dan badan penanggungjawab agama seperti Majlis Fatwa Kebangsaan dan JAKIM.

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/syiah-di-malaysia

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1218&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

Rekod mempertahankan fahaman Ahlussunnah wal jamaah oleh kerajaan UMNO/BN ini ternyata terbukti kerana setelah lebih 50 tahun memerintah, fahaman Ahlussunnah tetap berkembang mekar dan kukuh di Malaysia.


Kesimpulannya, jika PAS memenangi pilihanraya, maka kita tidak tahu sama ada syiah dapat terus dibendung penularannya seperti yang dilakukan oleh kerajaan UMNO/BN.  Jika mengikut kaedah feqah,

 درء المفاسد مقدَّم على جلب المصالح
'Menolak mudharat lebih diutamakan dari mengambil faedah'

maka boleh dikatakan bahawa potensi mudarat dan bahaya syiah yang ada didalam PAS  hendaklah ditolak, jika dibandingkan dengan faedah yang boleh didatangkan jika PAS dibenarkan berkuasa.






No comments:

Post a Comment